Promosi / Tawaran / Peraduan

Nikmati Kadar Faedah 0% Menerusi Kempen ‘Catch of the Year’ MINI Countryman

MINI Malaysia telah melancarkan kempen ‘Catch of the Year’ untuk model- model MINI Countryman yang ditawarkan di negara ini.

Kempen ini menyediakan pelbagai tawaran menarik bagi Countryman Pure, Countryman Sports, termasuk dua varian baharu yang diperkenalkan dengan Blackline Package dan Panoramic Sunroof, Countryman Plug-in Hybrid, serta Countryman John Cooper Works.

Tawaran meliputi kadar faedah yang bermula daripada 0% (berdasarkan Straight Line Financing), penjimatan sehingga RM32,000, pelan ansuran bulanan bermula daripada RM2,102, serta lanjutan Program Inklusif Servis dan Pembaikan MINI (MINI Service and Repair Inclusive, MSRI) selama satu tahun bagi model-model terpilih. Ini sekaligus menjadikan tempoh MSRI berjumlah 4+1 tahun.

Di samping itu, para pemilik Countryman Plug-In Hybrid baharu juga dapat menikmati Waranti Bateri Voltan Tinggi yang dilanjutkan sehingga 8 tahun atau 160,000 km, mana-mana tiba dahulu.

Kempen ‘Catch of the Year’ akan berlangsung mulai hari ini sehingga 31 Disember 2020, bagi jumlah unit yang terhad sahaja. Untuk maklumat lanjut, layari mini.my/discovercountryman.

Previous post

Anggaran Harga Mitsubishi Xpander Sekitar RM98,000

Next post

Audi Q8 Kini Tersedia Dalam Varian Plug-In Hibrid Dengan 2 Output

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *