Berita Auto

Jangan Tempah Proton X50 Dengan Ejen Atau Pihak Ketiga!

Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, SUV kompak pertama Proton iaitu X50 telah menerima sambutan yang amat memberangsangkan dengan jumlah tempahan melebihi 20,000 unit dalam tempoh dua minggu.

Bagaimanapun, Proton menerusi kenyataan rasmi mendedahkan bahawa terdapat pihak yang cuba mengaut keuntungan secara tidak sah dengan mengatakan mereka adalah ejen ataupun mempunyai kaitan dengan syarikat itu.

Justeru itu, Proton menegaskan bahawa hanya tempahan yang diterima melalui rangkaian jualannya yang rasmi akan diakui sebagai tempahan yang sah. Syarikat itu juga mengesahkan bahawa mereka tidak pernah melantik mana-mana pihak di luar rangkaian jualan rasminya sebagai ejen jualan produk.

“Kami menasihati semua bakal pembeli untuk sentiasa berwaspada sebarang tuntutan dari individu atau organisasi, dan pada masa yang sama, kami memohon semua pelanggan menghubungi pihak Proton jikalau ada sebarang kemusykilan.”

Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi rangkaian jualan rasmi Proton, layari laman web rasmi di https://www.proton.com/en/dealer-locator atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1-800-88-8398.

Previous post

BMW R18 First Edition Tiba di Malaysia

Next post

BMW Kembali Ke Era Asal "Driving Pleasure" Dengan 128ti

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *