Berita Auto

Isuzu Buka Pusat 3S Trak Tugas Sederhana dan Berat Pertama di Malaysia Timur

Isuzu Malaysia Sdn Bhd baru-baru ini telah meraikan pembukaan rasmi pengedar sah trak tugas sederhana dan berat (MHD) yang pertama di Malaysia Timur.

Terletak di Kuching, Sarawak, pengedar sah trak MHD yang dikenali sebagai Dai Max Automobile Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan jualan, servis dan alat ganti (3S). Pusat ini mudah dikunjungi pelanggan dan pemandu trak kerana lokasinya yang strategik, iaitu terletak berhampiran dengan kawasan perindustrian.

Pusat pengedaran baharu itu memiliki keluasan mencecah 3,000 meter persegi dengan bengkelnya sahaja seluas 650 meter persegi.

Dai Max Automobile mengambil masa selama lima tahun untuk menyiapkan dan membina pusat pengedar sah ini. Ianya dibina berdasarkan kepada reka bentuk bengkel serta kemudahan terkini bagi memudahkan pergerakan trak untuk tujuan servis atau pembaikan.

Terdapat tiga ruang tambahan untuk kenderaan komersial dan jentera tugas ringan serta dua ruang ekstra bagi trak-trak MHD. Pusat ini juga mempunyai tempat letak kenderaan yang luas dan kemudahan yang teratur serta efisien bagi trak yang menunggu giliran mereka untuk diperiksa.

Dilengkapi dengan peralatan diagnostik terkini Isuzu, alat ganti, pekerja terlatih dan juruteknik berkemahiran untuk mengenal pasti atau menyelesaikan apa jua masalah, pelanggan boleh mengurangkan masa henti kenderaan dengan minimum, dengan ini dapat meningkatkan kecekapan operasi trak.

Kemudahan seperti ruang rehat yang mesra keluarga, ruang solat serta snek dan minuman percuma turut disediakan.

Dengan pembukaan terbaharu ini, Isuzu Malaysia kini mempunyai 11 pengedar sah MHD dengan 10 daripadanya terletak di lokasi yang strategik di pelbagai negeri di Semenanjung Malaysia.

Previous post

Ford Mengumumkan Perubahan Kepimpinan Dan Operasi

Next post

Volkswagen Golf GTI Clubsport Mk8 Ada Mod Khas Untuk Nurburgring

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *