Cerita Auto

Hyundai i20 N Bakal Hadir Dengan 201 HP, 275 Nm?

Setelah memperkenalkan i20 N Line beberapa hari yang lalu, Hyundai kini kembali dengan ‘teaser’ untuk i20 N pula. Apa yang membezakan antara dua model ini adalah i20 N merupakan sebuah ‘hot hatch’ berprestasi yang sebenar.

Seperti model N yang lain, i20 N didatangkan dalam warna Performance Blue yang dipadankan dengan perincian berwarna merah pada splitter hadapan dan skirt sisi. Menurut Hyundai, pelanggan juga boleh mendapatkan bumbung berwarna Phantom Black untuk penampilan yang lebih garang.

Jika dibandingkan dengan model biasa dan N Line, bahagian hadapan i20 N didominasi oleh lubang ambilan udara yang lebih besar bagi tujuan penyejukan enjin turbo dan breknya.

Bercakap tentang brek, model ini dilengkapi dengan angkup brek berwarna merah lengkap dengan logo N yang berselindung di sebalik rim berukuran 18 inci yang dihiasi dengan kemasan kelabu matte.

Perincian teknikal masih belum didedahkan namun menurut beberapa laporan, i20 N bakal tampil dengan enjin turbo 1.6-liter yang menjana 201 hp dan 275 Nm. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi manual bagi membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.7 saat dengan kelajuan maksimum 230 km/j.

Previous post

Toyota Hilux 2020 Hadir Dengan Penambahbaikan Menyeluruh

Next post

BMW 218i Gran Coupe M Sport Dilancarkan di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *