Berita Auto

Honda CR-V Facelift Dibuka Untuk Tempahan

Honda Malaysia mengumumkan bahawa ia kini menerima tempahan untuk Honda CR-V facelift di semua 101 pengedar sahnya. Model ini dijangka dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Bahagian luaran SUV tersebut kini diperkemaskan lagi dengan gril baharu berwarna hitam dan kemasan krom pada bahagian bampar. Bahagian belakang pula menampilkan kemasan krom gelap dan penyudah ‘smoked’ pada lampu. Turut disertakan adalah rim dua-tona berukuran 18 inci dan tailgate berkuasa.

Selain itu, CR-V juga dilengkapi dengan sistem Honda Sensing yang merangkumi lapan ciri iaitu Adaptive Cruise Control (ACC), Low-Speed Follow (LSF), Forward Collision Warning (FCW), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Departure Warning (LDW), Road Departure Mitigation (RDM), Lane Keeping Assist System (LKAS) dan Auto High-Beam (AHB).

Bukan itu sahaja, ciri LaneWatch turut disertakan secara standard. Sebuah kamera dipasang yang pada cermin sisi kiri akan memaparkan visual pada skrin infotainmen apabila pemandu membelok atau menukar lorong.

(Model pasaran antarabangsa)

Seperti sebelum ini, CR-V didatangkan dengan enjin 1.5-liter VTEC Turbo yang menghasilkan 193 PS dan 243 Nm. Bergantung pada varian, ia juga mempunyai pacuan empat roda (4WD) dengan Intelligent Control System.

Sejak dilancarkan pada 2017, jualan CR-V generasi kelima telah mencecah lebih daripada 36,000 unit atau 19% daripada jumlah keseluruhan segmen SUV bukan nasional.

Previous post

Audi A5 Sportback Facelift Kini di Malaysia

Next post

UMW Toyota, Bank Islam Tawar Skim Pembiayaan Patuh Shariah Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *