Berita Auto

Honda Access Tawar Aksesori Untuk Civic Type R Facelift

Walaupun baru beberapa hari dilancarkan, pemilik Honda Civic Type R facelift di Jepun kini boleh mencantikkan jentera kesayangan mereka dengan pelbagai aksesori dari Honda Access.

Bermula dari bahagian luaran, Honda Access menawarkan corong ambilan udara hud yang diperbuat daripada gentian karbon dan polyester merah. Material yang sama juga boleh didapati pada spoiler belakang, serta trim papan pemuka, konsol tengah dan panel pintu.

Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan trim merah pada gril depan dan cermin sisi, serta set rim aloi tempaan MR-R02 berukuran 20 inci yang didatangkan dalam warna tradisi Type R iaitu Championship White.

Di dalam, senarai aksesori yang ada termasuklah kemasan bercahaya merah pada bahagian kiri dan kanan konsol tengah serta tombol gear kustom dengan kemasan aluminium atau kulit berwarna merah.

Honda Access turut menawarkan filem perlindungan untuk pemegang pintu, bingkai pintu dan bampar belakang yang boleh melindungi cat daripada calar.

Turut terdapat dalam katalog Honda Access adalah dua jenis sistem navigasi, kamera hadapan dan sensor parkir. Setakat ini, tiada penambahbaikan yang melibatkan prestasi namun dengan 306 hp dan 400 Nm, adakah anda betul-betul memerlukannya?

Previous post

Suzuki Swace Wagon Dilancarkan Di Eropah

Next post

Subaru Dedah WRX STI Untuk Siri Gymkhana Terbaru

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *