Berita Auto

GoCar Lancar Struktur Langganan Baharu, Stor Rasmi Shopee

GoCar telah mengumumkan struktur ‘Satu Harga’ untuk tawaran GoCar Subs bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan.

Menerusi struktur ini, rangkaian kenderaan GoCar Subs dibahagikan kepada lima kategori iaitu Cheap, Base, Plus, Expat dan Lux. Ia merangkumi jenama tempatan Perodua dan Proton sehinggalah jenama mewah seperti Mini, Mercedes-Benz serta banyak lagi.

Setiap kategori menawarkan satu kadar standard ke atas semua model yang terdiri daripada pelbagai pilihan pelan untuk dipilih oleh pelanggan. Pelan yang ada termasuklah pilihan langganan secara mingguan, bulanan, 12 bulan, 24 bulan dan 36 bulan. Sebelum ini, kadar adalah berbeza mengikut model.

GoCar juga bekerjasama dengan Shopee Malaysia bagi melancarkan kedai rasmi yang menampilkan semua tawaran GoCar Subs.

Sempena kerjasama ini, GoCar Subs memberikan tawaran istimewa ke atas Nissan Almera yang hanya boleh didapati menerusi Shopee – langganan mingguan pada kadar istimewa cuma RM299 (kadar biasa: RM499) dan pelan bulanan RM599 (kadar biasa RM1,699). Unit adalah terhad.

Pada masa yang sama, GoCar turut mengumumkan ‘Swap’, satu manfaat baharu yang membolehkan pelanggan yang melanggan selama 12 bulan dan ke atas untuk mengakses semua kenderaan di dalam garaj GoCar Subs.

Bagaimana ‘Swap’ berfungsi:

  • Langgan kereta kegemaran anda selama 12, 24 atau 36 bulan
  • Pilih satu kenderaan alternatif yang anda sedia untuk tukar (selepas sekurang-kurangnya 3 bulan)
  • Buat satu penukaran dengan yuran RM250 (akan dikecualikan untuk tahun pertama langganan)
  • Yuran langganan bulanan anda kemudian akan diubah suai secara automatik apabila penukaran dibuat. Yuran akan naik atau turun bergantung kepada kenderaan yang anda pilih

Setiap pelanggan dibenarkan untuk membuat dua kali penukaran setahun, bermakna pelanggan mempunyai akses kepada sehinga tiga model berbeza setiap tahun.

Bermula sekarang sehingga 31 Disember, para pelanggan boleh memanfaatkan kelebihan tawaran NEW2SUBS untuk menikmati lebih banyak penjimatan.

Melalui tawaran eksklusif ini, pelanggan yang melanggan pelan langganan 12 bulan atau ke atas tidak perlu membayar yuran bulan pertama serta 50 peratus diskaun untuk bulan kedua dan ketiga. Bukan itu sahaja, pelanggan juga menerima naik taraf perbatuan kepada 2,500 km sebulan berbanding 1,650 km, serta tidak perlu membayar yuran penukaran sekiranya mereka ingin menukar model atau kenderaan.

Previous post

Shell Advance Power dan Long Ride Penuhi Setiap Gaya Tunggangan

Next post

Mitsuoka Buddy Adalah Toyota RAV4 Dengan Gayaan Retro

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *