Berita Auto

Ford Mustang Mach-E Dapat Sistem Audio B&O Yang Canggih

Mendengar ngauman enjin merupakan sebahagian daripada nikmat memandu yang tidak terkata namun sekiranya anda memandu kereta elektrik seperti Ford Mustang Mach-E, sistem audiolah yang akan menjadi peneman anda.

Menurut Ford, crossover elektrik pertamanya itu akan didatangkan dengan sistem audio B&O sofistikated yang merangkumi 10 buah pembesar suara. Kalau bab sistem audio kereta, kita sedia maklum bahawa B&O adalah antara jenama yang terbaik di dunia.

Apa yang menjadikan sistem audio ini begitu istimewa? Untuk Mustang Mach-E, pembesar suaranya direka supaya ia dapat diintegrasikan pada papan pemuka seperti sebuah ‘soundbar’, dengan hanya mengambil satu pertiga daripada ruang permukaan itu.

Sementara itu, tekstil Heathered Grey pula berfungsi untuk menyembunyikan tweeter pada papan pemuka, membuatkan keseluruhan sistem kelihatan seperti pembesar suara yang terdapat di kediaman mewah.

Elemen utama sistem audio ini adalah sesuatu yang digelar sebagai Externally Coupled Subwoofer (ECS) yang menggunakan ruang di dalam kabin untuk menghasilkan nada bes yang lebih mendalam dan bukannya kotak seperti kebanyakan subwoofer di luar sana.

Menurut Ford, pendekatan yang diambil ini membolehkan mereka menjimatkan sedikit ruang dan mengelak daripada memberi berat tambahan pada Mustang Mach-E.

Previous post

Shell Lubes Lancar Gudang Rasmi di Shopee Mall

Next post

Penjualan Global Toyota Pulih Lebih Cepat Daripada Yang Dijangkakan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *