Berita Auto

BMW M4 Competition x Kith – 150 Unit Habis Dijual

BMW telah memperkenalkan M4 Competition edisi terhad yang direka oleh pemilik jenama fesyen Kith iaitu Ronnie Fieg. Hanya 150 unit akan dihasilkan dan seperti yang dijangka, semuanya telah pun ditempah.

Apa yang menjadikan model ini berbeza? Untuk bahagian luaran, lencana M4 Competition pada bahagian belakang digantikan dengan logo Kith, manakala lencana BMW pada bahagian hadapan kini dihiasi dengan warna tradisi BMW M iaitu biru muda, biru gelap dan merah.

Sebagai opsyen, pelanggan boleh mendapatkan bumbung gentian karbon dengan logo Kith dan BMW M. Apa yang menarik, logo tersebut ditenun ke dalam permukaan bumbung tersebut.

Untuk model ini, BMW menawarkan tiga pilihan warna iaitu Frozen Black, Frozen Dark Silver dan Frozen Brilliant White. Rim didatangkan dalam rekaan 826M Bi-Colour berukuran 19 inci di hadapan dan 20 inci di belakang.

Di dalam, terdapat tempat duduk M Carbon yang didatangkan dalam warna tradisi BMW M, serta cetakan timbul logo Kith pada pelapik kulit pada perehat kepala dan perehat tangan. Selain itu, jenama ‘streetwear’ dari New York itu juga ditemui pada panel bercahaya pada tempat duduk dan konsol tengah berdekatan dengan tuil gear.

Dari segi teknikal, model edisi terhad ini sama sahaja dengan versi biasa. Ia masih dikuasakan oleh enjin twin-turbo 3.0-liter enam silinder sebaris yang menghamburkan 510 hp dan 650 Nm. Dengan transmisi automatik lapan kelajuan, pecutan 0-100 km/j boleh dilakukan dalam hanya 3.7 saat.

Previous post

Youtuber Rusia Bakar Mercedes-AMG GT 63 S Miliknya

Next post

Manhart F350 Serupa GP MINI Cooper Works Dengan Steroid

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *