Berita Auto

Bentley Bentayga Facelift Dilancarkan di Malaysia

Berikutan debutnya di peringkat global pada Julai lalu, Bentley Bentayga facelift kini telah tiba di Malaysia dala versi standard dan First Edition, dengan harga masing-masing bermula dari RM743,900 dan RM935,000. Harga tidak termasuk duti, cukai, insurans dan pendaftaran.

Bentayga First Edition tampil lebih menonjol dengan pakej Touring Specification dan Mulliner Driving Specification yang merangkumi rim berukuran 22 inci dan pedal sport. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan sulaman ‘First Edition’ atau logo sayap Bentley pada tempat duduk.

Dari segi kelengkapan, model First Edition didatangkan standard dengan sistem Bentley Dynamic Ride serta sistem audio Naim yang berkapasiti 1,780 watt dan mempunyai 20 pembesar suara, termasuk pembesar suara bes aktif di bawah tempat duduk hadapan dan super-tweeter di dalam tiang A dan B.

Selain itu, sistem audio Naim juga mempunyai lapan mod pendengaran dari Digital Media hingga Classic. Gril pembesar suara juga direka semula dan mempunyai lambang Naim yang bercahaya.

Kedua-dua model standard dan First Edition adalah enjin 4.0-liter twin-turbo V8 yang menghasilkan 550 PS dan 770 Nm. Dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda, SUV besar ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/ dalam 4.5 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 290 km/j.

Menurut Bentley Kuala Lumpur, penghantaran akan bermula pada suku keempat tahun ini dan lebih banyak unit bilik pameran akan tiba tidak lama lagi.

Previous post

Lexus UX300e Elektrik Dilancarkan Di Pasaran Eropah Terpilih

Next post

Hyundai Sonata 2020 Boleh Mula Ditempah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *