Berita Auto

Volkswagen Golf Mk8 Dikesan Sedang Diuji di Kuantan

Sebuah Volkswagen Golf generasi Mk8 telah dikesan oleh pengguna Facebook Amirul Ahmad ketika sedang melakukan ujian di jalan raya sekitar Kuantan. Ini adalah petanda jelas bahawa model itu akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Namun, apa yang menjadi persoalan adakah hatchback itu akan dilancarkan dalam versi pemasangan tempatan (CKD)? Ini kerana ia dikesan tidak jauh iaitu kira-kira 45 minit dari kilang pemasangan Volkswagen yang terletak di Pekan.

Ini bukanlah sesuatu yang mustahil kerana Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memang memasang beberapa model Volkswagen di situ termasuk Passat dan Arteon yang dilancarkan baru-baru ini. Jika Golf dipasang di Pekan, ada kemungkinan yang harga jualannya akan mengalami sedikit penurunan dan ini sudah tentu akan menjadikannya lebih laris di pasaran.

Apatah lagi, kedua-dua pesaing terdekatnya iaitu Mercedes-Benz A-Class dan BMW 1 Series dijual di sini dalam versi import sepenuhnya (CBU).

Kami tidak pasti tentang varian Golf yang akan ditawarkan nanti namun kami percaya VPCM akan mengekalkan strateginya seperti yang digunakan ketika memperkenalkan Golf Mk7.5 dan melancarkan semua varian iaitu R-Line, GTI dan R. Melihat kepada muncung ekzos dan rim, unit yang dikesan ini kelihatan seperti varian R-Line.

Previous post

Hongqi H9+ Muncul di Beijing Auto Show

Next post

Barangan Prestasi M Untuk BMW M3 Baharu Akan Menyinggung Ramai Orang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *