Berita Auto

Shell Helix Ultra Professional Kini di Malaysia

Ramai pemilik kereta di Malaysia memilih untuk menyerahkan kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan mereka kepada pusat servis rasmi, untuk ketenangan jiwa dan jaminan servis berkualiti serta alat-alat ganti tulen yang digunakan.

Shell Helix menawarkan jaminan kualiti premium kepada pemilik-pemilik kereta, kebolehpercayaan dan prestasi terbukti menerusi rangkaian Shell Helix Professional baharu.

Ia direka khas untuk memenuhi syarat keperluan dan spesifikasi untuk sekumpulan pengeluar enjin kenderaan terpilih.

Pengurus Besar Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew berkata bahawa rangkaian Shell Helix Professional baharu membolehkan pusat-pusat servis rasmi pengeluar kenderaan dan bengkel pakar memberi nilai tambah menerusi pakej servis khas untuk pelanggan masing-masing.

Rangkaian Shell Helix Professional baharu merangkumi Shell Helix Ultra Professional ABB 5W-40 dan Shell Helix HX7 Professional SN 5W-30.

Direka untuk enjin petrol dan diesel berprestasi tinggi, minyak pelincir sintetik penuh Shell Helix Ultra Professional ABB 5W-40 dirumus dengan Teknologi Shell PurePlus proprietari dan mengandungi 99.5% minyak asas tulen yang dihasilkan daripada sumber gas asli.

Shell Helix Ultra Professional ABB 5W-40 dan Shell Helix HX7 Professional SN 5W-30 juga menawarkan ciri unik Teknologi Active Cleansing Shell untuk mengekalkan kebersihan enjin dengan kemampuan menghalang degradasi fizikal dan kimia dengan mencegah pembentukan enapan yang menjejaskan prestasi enjin.

Pada masa yang sama, ia turut memberi perlindungan kehausan dan kakisan, walaupun semasa beroperasi pada tahap maksimum.

Hasilnya, kedua-dua minyak enjin ini menambah baik kecekapan bahan api serta perlindungan terbaik mencegah kehausan dan enapan skali gus membantu mengurangkan kos penyelenggaraan.

Baru-baru ini, BMW Malaysia menjadi pengeluar kereta premium pertama (OEM) memilih Shell Helix Professional untuk barisan kereta berprestasi mereka. Program servis minyak enjin terbaharunya kini menawarkan Shell Helix Ultra Professional ABB 5W-40 untuk memastikan pengalaman premium kepada para pemilik BMW tempatan.

Previous post

"Peugeot Sport Engineered" Diperkenalkan Dan Ini Dia Model Pertama Mereka

Next post

Hongqi H9+ Muncul di Beijing Auto Show

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *