Berita Auto

Mitsubishi Lancar Pusat 3S di Petaling Jaya

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) dan wakil pengedar rasmi Ingress Motors Centre (IMC) hari ini meraikan pembukaan pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) baharu di Petaling Jaya.

Pusat itu beralamat di No.13, Jalan 225 Section 51A, 46100, Petaling Jaya. Ia merupakan bilik pameran Mitsubishi milik IMC yang keempat selepas Puchong, Bangi dan Shah Alam.

“MMM dan IMC telah menjadi rakan niaga sejak 2013 dan dalam masa tujuh tahun IMC telah mendirikan empat dari 14 bilik pameran MMM di Lembah Klang. Ini menunjukkan komitmen IMC untuk memperkukuhkan lagi kehadiran jenama Mitsubishi di Malaysia, ” kata Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif MMM.

Dengan pelaburan sebanyak RM1.25 juta, pusat 3S berkeluasan 34,000 kaki persegi itu menampilkan identiti korporat terbaru Mitsubishi Motors. Ia mempunyai bilik pameran yang boleh memuatkan sehingga empat buah kenderaan, ruang lounge yang selesa dengan WIFI serta 12 ruang servis.

Dengan pembukaan outlet terbaru ini, MMM kini mempunyai 52 bilik pameran (46 daripadanya adalah pusat 3S) dan 52 outlet servis di seluruh Malaysia.

Previous post

Kejohanan Toyota GR Velocity Esports Musim ke-3 Tutup Tirai

Next post

Kelab Mustang Malaysia Tempa Nama Dalam Malaysia Book of Records

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *