Penyelenggaraan

Perodua Tweckbot Kembali Beroperasi Semula

Perodua meneruskan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan percuma, Tweckbot setelah beberapa bulan terganggu kerana wabak COVID-19.

Pelanggan tidak perlu risau kerana langkah-langkah kesihatan dan keselamatan yang komprehensif akan dilaksanakan untuk memastikan keselamatan pekerja dan pelanggan.

Ini termasuk pemeriksaan suhu dan penggunaan ruang legar yang lebih besar untuk menunggu, berunding dan memeriksa kenderaan. Stesen-stesen servis tersebut juga akan dibersihkan dua kali sehari dan jumlah kenderaan terhad kepada slot berdasarkan senarai sampai-dulu, servis-dulu.

Pemilik Perodua boleh menemui pasukan Tweckboat di Tesco Extra Bukit Tinggi Klang pada hari Sabtu dan Ahad ini (12 dan 13 September), dan juga di Tesco Puncak Alam (19 dan 20 September) dan Tesco Extra Ampang (26 dan 27 September).

Kenyataan Media

Perkhidmatan pemeriksaan kenderaan percuma paling lama dilaksanakan ini akan bertempat di Tesco Extra Bukit Tinggi Klang pada hari Sabtu dan Ahad ini (12hb dan 13hb September) bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

“Memandangkan Hari Malaysia bakal tiba, kami meramalkan kebanyakan rakyat Malaysia akan bercuti atau pulang ke kampung halaman. Demi keselamatan dan ketenangan minda, adalah sangat penting kenderaan Perodua mereka berada dalam keadaan yang baik,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Tweckbot memeriksa lebih dari 50 poin pada kenderaan Perodua termasuk enjin, transmisi, sistem penyejukan kenderaan, brek, stereng kuasa, klac, tayar, suspensi dan elektrik.

Dato’ Zainal menekankan bahawa langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang menyeluruh akan dilaksanakan dan akan menjadi prosedur operasi normal baharu untuk Tweckbot selepas ini.

Semua pelanggan Tweckbot diminta untuk menjalani pemeriksaan suhu dan perlu mematuhi protokol pengesalan kenalan seperti yang diarahkan oleh kerajaan.   

Stesen Tweckbot akan disesuaikan dengan susun atur yang lebih luas untuk ruang menunggu, khidmat nasihat dan pemeriksaan kenderaan bagi meminimumkan pergerakan, dan keseluruhan stesen akan dikosongkan serta disanitasi dua kali sehari.

“Juruteknik kami akan memakai pelindung muka setiap masa dan setiap kenderaan akan disanitasi sebelum dan selepas pemeriksaan. Penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup mulut juga adalah pada setiap masa,” kata Dato’ Zainal.

Beliau menambah bahawa dalam melindungi orang ramai, jumlah kenderaan yang diperiksa adalah terhad kepada slot berdasarkan ‘first-come, first-served’.

Tweckbot juga akan berada di Tesco Puncak Alam dari 19hb-20hb September dan Tesco Extra Ampang dari 26hb-27hb September, dari jam 9 pagi hingga 5 petang, tawaran khusus untuk pemilik kenderaan Perodua yang ingin melakukan pemeriksaan selepas pemanduan yang panjang.

Pelanggan yang memeriksa kenderaan mereka dengan Tweckbot akan menerima baucar diskaun 20% yang boleh ditebus untuk pembelian alat ganti dan aksesori terpilih di mana-mana pusat servis Perodua yang sah*. (*Tertakluk kepada terma dan syarat)

“Perodua mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. Kekal bersatu untuk terus memerangi COVID-19 ini. Kita masih belum menang tetapi kita harus tempuh bersama-sama dan selagi kita mengutamakan keselamatan, kita akan berjaya mengharunginya,” kata Dato’ Zainal.


Previous post

Mitsubishi Galant Reimagined Untuk Tahun 2020-an

Next post

Rolls-Royce Ghost Baharu Bertemu Nenek Moyangnya

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *