Kemalangan / Rosak / Recall

Wanita Nyaris Maut Selepas Kepingan Konkrit Terhumban Keatas Keretanya

Seorang wanita secara ajaib menipu kematian apabila kereta yang dipandunya dihempap oleh kepingan konkrit yang jatuh. Kejadian itu, yang berlaku di sepanjang MRR2 berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sekitar jam 4.30 petang 19 September 2020).

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT) Asst Comm Zulkefly Yahya, sekeping konkrit berukuran satu meter persegi itu merupakan sebahagian dari Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang masih dalam pembinaan.

Melihat kepada keadaan Proton Saga tersebut, wanita berusia 24 tahun itu bernasib baik meninggalkan tempat kejadian dengan hanya lengan yang cedera. Laporan mengatakan bahawa dia telah dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan.

Sementara itu, pemaju projek, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan kemalangan itu. Syarikat itu mengatakan bahawa perintah berhenti kerja telah dikeluarkan dengan segera dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam siasatan mereka.

Ini bukan kali pertama pemandu kenderaan terlibat dalam kemalangan di zon pembinaan jalan raya dan ini juga bukan yang terakhir sekiranya masalah ini tidak ditangani dengan teliti dan segera. Tetapi selain daripada mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju, yang boleh memakan masa yang lama dan menelan belanja yang besar, apa yang dapat dilakukan untuk memastikan bahawa kemalangan aneh semacam ini tidak akan berulang lagi? Kongsi pendapat anda di bahagian komen.

kemalangan, MRR2Proton SagaSagaSUKE

Previous post

Teknologi Pembersih Udara Lanjutan Volvo Akan Datang Tahun Ini

Next post

10 McLaren 765LT Yang Dibawa Masuk Habis Dijual Sebelum Pelancaran

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *