Berita Auto

Mitsubishi Motors Malaysia Mempunyai Gudang Alat Ganti Baharu

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan bahawa ia telah berpindah ke gudang alat ganti baharu yang terletak di Shah Alam, Selangor sebagai sebahagian daripada memenuhi permintaan selepas jualan yang semakin meningkat.

Gudang baharu tersebut mempunyai keluasan 40,000 kaki persegi bagi membolehkan semua operasi ditumpukan di bawah satu bumbung. Langkah ini dikatakan dapat mempercepatkan penghantaran alat ganti yang diperlukan oleh rakan niaga MMM termasuk 52 wakil pengedar jenama itu di seluruh negara.

“Gudang alat ganti baharu itu terletak di lokasi strategik yang kurang mengalami kesesakan jalan raya dan mempunyai akses mudah ke Lebuhraya Persekutuan dan KESAS,” kata Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif MMM.

“Ini membolehkan kami mempercepatkan penghantaran alat ganti kepada rakan niaga MMM dan seterusnya meningkatkan pengalaman selepas jualan pelanggan dengan mengurangkan kos,” tambah beliau.

Previous post

CFMoto 1250TR-G Bakal Dilancarkan di China Separuh Pertama 2021

Next post

5 Model Senna GTR LM Dicipta Sebagai Penghormatan Kemenangan Tahun 1995 Le Mans

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *