Berita Auto

Mercedes-Benz GLS 450 4Matic Dilancarkan

Selain duo GLE Coupe, Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan model terbesar dalam rangkaian SUV mereka iaitu GLS. Ia ditawarkan dalam varian GLS 450 4Matic pada harga bermula dari RM899,888 (atas jalan tidak termasuk insurans).

Bermula dari bahagian luaran, GLS 450 didatangkan dengan kit badan AMG Line yang dipadankan dengan rim AMG berukuran 22 inci. Turut disertakan adalah lampu Multibeam LED dengan Adaptive Highbeam Assist Plus, bumbung suria panoramik dan pelindung bahagian bawah badan (underguard).

Di dalam, papan pemuka dihiasi dengan upholsteri kulit Artico dan trim ‘anthracite lime wood’. Seperti GLE Coupe, ia juga mempunyai sistem multimedia MBUX dengan dua paparan berukuran 12.3 inci, Apple CarPlay, Android Auto, servis Mercedes me connect dan pelbagai lagi.

Apa yang menarik, GLS mempunyai sistem infotainment tempat duduk belakang yang merangkumi dua skrin sentuh berukuran 11.6 inci. Sistem ini membolehkan penumpang barisan kedua menikmati filem atau muzik, menggunakan browser web atau membuat panggilan.

Kuasa dibekalkan oleh gabungan enjin turbo 3.0-liter enam silinder sebaris dan sistem mild-hybrid EQ Boost yang memberikan kuasa keseluruhan sebanyak 367 hp dari 5,500 hingga 6,100 rpm dan 500 Nm dari 1,600 hingga 4,500 rpm. Transmisi automatik sembilan kelajuan 9G-Troni membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100 km/j 6.2 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 246 km/j.

GLS didatangkan standard dengan sistem suspensi udara Airmatic dengan Adaptive Damping System Plus yang menggunakan sensor dan algoritma untuk menyesuaikan karakteristik peredam mengikut keadaan jalan dan situasi pemanduan.

Sistem keselamatan pula terdiri daripada kamera 360 darjah, Active Parking Assist with PARKTRONIC, Active Steering Assist, Driving Assistant Package, Easy-Pack Tailgate, Exit Warning Function, Hands Free Access, Magic Vision Control, Pre-Safe System dan pelbagai lagi.

Previous post

Dua Model Mercedes-Benz GLE Coupe Masuk Pasaran Malaysia

Next post

ŠKODA ENYAQ iV Mempunyai Jarak Elektrik 510 km Yang Mengagumkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *