Berita Auto

Mercedes-Benz GLB 200 dan GLB 250 Masuk Pasaran Malaysia

Selepas melancarkan GLE Coupe dan GLS, Mercedes-Benz Malaysia hari ini memperkenalkan pula barisan crossover kompak GLB yang terdiri daripada tiga model iaitu GLB 200 Progressive Line, GLB 250 4Matic AMG Line dan Mercedes-AMG GLB 35 4Matic.

Dari segi penampilan, GLB hadir dengan reka bentuk lasak yang diinspirasikan oleh ‘Godfather’ SUV iaitu G-Class. Walaupun bersaiz kompak, model ini didatangkan dengan tiga barisan tempat duduk yang boleh memuatkan sehingga tujuh penumpang. Kapasiti ruang but pula adalah dari 570 hingga 1,805 liter.

GLB 200 Progressive Line (RM269,118)

Varian ‘entry level’ ini dikuasakan oleh enjin turbo 1.3-liter empat silinder yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan (7G-DCT) yang memacu roda hadapan. Enjin tersebut menghasilkan 163 hp dan 250 Nm, membolehkan SUV ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 9.1 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 207 km/j.

Pakej Progressive Line yang terdapat pada model ini merangkumi ‘skid plate’, gril bilah berkembar, kemasan krom pada bahagian pintu dan muncung ekzos, rel bumbung aluminium serta rim berukuran 18 inci. Ia juga mendapat lampu utama LED High Performance.

Di dalam, terdapat upholsteri kulit Artico berwarna hitam dan sistem infotainmen MBUX dengan dua paparan berukuran 10.25 inci serta ciri-ciri seperti Mercedes me, Android Auto dan Apple CarPlay. Turut disertakan adalah pelarasan dan fungsi memori tempat duduk hadapan, tailgate Easy-Pack, sistem pendingin hawa dua zon Thermotronic.

Sementara itu, sistem keselamatan pula merangkumi Active Brake Assist, Active Parking Assist with Parktronic, Keyless Go, Pre-Safe System, penunjuk status tali pinggang keledar belakang, kamera undur dan Tyre Pressure Monitoring System.

GLB 250 4Matic AMG Line (RM318,009)

Varian pertengahan dalam ini pula hadir dengan enjin turbo 2.0-liter empat silinder dengan janaan 224 hp dan 350 Nm. Tidak seperti GLB 200, ia dilengkapi dengan transmisi klac berkembar lapan kelajuan 8G-DCT dan sistem pacuan 4Matic. Pecutan 0-100 km/j boleh dilakukan dalam 6.3 saat dan kelajuan maksimum adalah 236 km/j.

Satu lagi ciri unik yang terdapat pada varian ini adalah pakej Off-Road Engineering yang memberikan penambahan satu lagi mod pemanduan pada sistem Dynamic Select.

Penampilan sportinya diserlahkan lagi menerusi kit badan AMG Line yang merangkumi gril berlian dengan bilah tunggal, rel bumbung aluminium dan rim aloi AMG berukuran 19 inci. Turut disertakan adalah lampu LED High Performance, pengelap cermin automatik dengan sensor hujan dan cermin sisi elektrik.

Ruang kabin pula menampilkan upholsteri kulit Artico/mikrofiber Dinamica, tempat duduk sport, stereng yang dibalut kulit Nappa, trim gentian karbon, jahitan kontras berwarna merah dan karpet AMG.

Previous post

Farizon FX - Trak Pikap Berasaskan Geely Boyue Pro

Next post

Mercedes-AMG GLB 35 Dilancarkan Pada Harga RM363,136

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *