Berita Auto

Mazda CX-30 2.0G 2WD Kini Dengan Tailgate Berkuasa

Bermaz Motor, pengedar rasmi kenderaan Mazda di Malaysia, hari ini mengumumkan penambahan ciri pintu tailgate berkuasa pada Mazda CX-30 Skyactiv-G 2.0L 2WD, sekaligus menjadikan ciri standard pada rangkaian model CX-30.

Dengan penambahan ciri baharu itu, varian asas CX-30 kini dijual pada harga RM144,759, naik sebanyak RM3,110 berbanding harga jualan sebelum ini iaitu RM141,649. Harga yang disebut adalah termasuk pengecualian cukai jualan sebanyak 50% bagi kenderaan import yang akan tamat pada hujung tahun ini.

Sementara itu, spesifikasi dan harga varian-varian CX-30 yang lain iaitu 2.0G High, 2.0G High AWD dan 1.8D High kekal seperti sedia ada.

Ini merupakan kali kedua CX-30 2.0G 2WD dikemas kini pada tahun ini. Pada Mei lalu, di samping memperkenalkan varian AWD baharu, Bermaz turut menambah ciri Mazda Advanced Keyless dan Walk Away Lock pada varian ‘entry-level’ tersebut.

Previous post

Prior Design Hasilkan Kit Audi RS2 Coupe

Next post

MINI Malaysia Lancar 2 Varian Baharu Countryman Sports

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *