Berita Auto

Kelab Mustang Malaysia Tempa Nama Dalam Malaysia Book of Records

Kelab Mustang Malaysia telah mencatatkan rekod baharu di dalam Malaysia Book of Records sebagai penganjur perhimpunan Ford Mustang terbesar di negara ini.

Perhimpunan yang diadakan pada 27 September 2020 menyaksikan sebanyak 137 Mustang berhimpun di Pavilion Kuala Lumpur, di mana para pemilik beramah mesra dan berkongsi pengalaman berharga.

Sijil pengiktirafan disampaikan kepada Presiden Kelab, Alfred C.K. Joseph oleh Ketua Pegawai Operasi Malaysia Book of Records, Christopher Wong.

Kelab Mustang Malaysia ditubuhkan pada tahun 2018 dengan tujuan berkongsi informasi berkenaan Mustang baharu dan menggalakkan pemanduan yang selamat dan berhemah, selain menyediakan platform kepada para pencinta Mustang memupuk hubungan berdasarkan minat yang sama. Ia kini mempunyai seramai 245 ahli.

“Matlamat kami adalah untuk mengetengahkan perpaduan dan keharmonian semua lapisan masyarakat di dalam negara berbilang kaum ini melalui minat dan penghargaan terhadap kereta,” kata Alfred C.K. Joseph, Presiden Kelab Mustang Malaysia.

Sementara itu, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion turut mengucapkan tahniah kepada Kelab Mustang Malaysia kerana berjaya menempa nama di dalam Malaysia Book of Records.

“Kami akan terus komited dalam mengekalkan hubungan erat dengan pelbagai kelab pemilik Ford dan menyokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi membina silaturrahim dan hubungan baik sesama ahli,” ujar beliau.

Previous post

Mitsubishi Lancar Pusat 3S di Petaling Jaya

Next post

Isuzu D-Max Di Malaysia Sambut Ulangtahun Ke-15

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *