Berita Auto

Kejohanan Toyota GR Velocity Esports Musim ke-3 Tutup Tirai

UMW Toyota Motor berkata bahawa kejohanan perlumbaan maya Toyota GR Velocity Esports Championship musim ketiga yang diadakan pada minggu lalu berjaya mengumpul lebih 1 juta penonton dalam talian. Angka tersebut dilihat penting untuk syarikat itu dalam usahanya untuk merapatkan jurang antara perlumbaan maya dan perlumbaan sebenar di negara ini.

Diadakan di ibu pejabat UMW Toyota Motor di Shah Alam, kejohanan tersebut bermula dengan pusingan separuh akhir pada hari Sabtu (26 September), di mana 20 pelumbaa maya terbaik bertarung antara satu sama lain bagi merebut tempat di pusingan akhir.

10 pelumba terpantas kemudiannya mara ke pusingan Grand Final pada hari berikutnya. Mereka menghadapi cabaran yang lebih besar di mana pemenang ditentukan daripada empat perlumbaan dengan mata diberi bagi setiap perlumbaan.

Di akhir perlumbaan keempat, Taj Izrin Aiman muncul pemenang keseluruhan, di mana beliau menghabiskan perlumbaan dengan jarak yang agak besar iaitu 9 saat di hadapan pemenang tempat kedua dan ketiga iaitu Arif Roslan dan Rio Pandukusuma. Berikut adalah keputusan penuh kejohanan:

  1. Taj Izrin Aiman Taj Madira
  2. Mior Muhammad Hafiz
  3. Muhammad Iqbal Ahmad Suji
  4. Ariff Roslan
  5. Low Wooi Kit
  6. Rio Pandukusuma
  7. Moo Shuaan Jinq
  8. Mohammad Afif Suhaimi
  9. Chong Kai Chang
  10. Chau Jenn Yeh

Perjalanan bagi pemenang tiga tempat teratas tidak berakhir di situ kerana mereka juga terpilih untuk mewakili Malaysia di kejohanan GR Supra GT Cup 2020 yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Toyota Motor Asia Pacific (TMAP) pada Oktober depan.

Previous post

Pam Tayar Dengan Nitrogen - Apakah Kelebihannya?

Next post

Mitsubishi Lancar Pusat 3S di Petaling Jaya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *