Berita Auto

Hyundai Tucson Generasi ke-4 Selesai Diuji di Eropah

Hyundai Tucson generasi keempat telah selesai menjalani fasa ujian terakhirnya di serata Eropah menjelang pelancaran rasminya pada minggu hadapan.

Sejak beberapa bulan yang lalu, prestasi dan aspek dinamik Tucson serba baharu telah diuji secara menyeluruh di litar Nurburgring Nordschleife yang merupakan antara litar paling sukar di dunia.

Model itu turut melalui ujian cuaca sejuk dan panas melampau di Sweden dan Sepanyol bagi memastikan ia dapat memenuhi keperluan pelanggan pasaran Eropah.

Di lapangan ujian (proving grounds) di Republik Czech, Tucson membuktikannya ketahanan dan kualitinya dalam keadaan ekstrem dan pelbagai senario.

Sebagai sebuah SUV sebenar, sistem pacuan empat roda, pengagihan tork, kawalan klac dan penghasilan tork pada kelajuan rendah semuanya diuji dalam pelbagai keadaan bagi menunjukkan yang ia mampu meredah pelbagai bentuk muka bumi tanpa kompromi.

Selain itu, jurutera Hyundai turut menguji ketegaran struktur badan dengan membukan semua pintu, tailgate dan bumbung panorama dalam keadaan kenderaan mencondong ke sisi, dengan dua tayar berada di atas tanah dan dua lagi di udara. Dalam ujian ini, kesemua pintu dapat ditutup dengan sempurna.

Bagi aspek Noise Vibration Harshness (NVH) pula, jurutera mengenal pasti bunyi tidak normal yang dihasilkan oleh Tucson dalam keadaan tertentu dan mengurangkannya bagi memberikan pengalaman pemanduan terbaik.

Setiap permukaan yang diuji menghasilkan frekuensi bunyi yang berbeza dan ini membolehkan Hyundai melakukan ujian NVH secara lebih menyeluruh.

Para jurutera turut memandu Tucson ke dalam air sedalam 20 hingga 30 cm untuk memastikan sama ada ia dapat dipandu dengan mudah serta komponen seperti penutup bawah badan (underbody cover) dan pelindung tayar (wheel guards) berfungsi dengan baik.

Ketahanan brek parkir, ciri Autohold Assistant dan Downhill Brake Control pula diuji di atas permukaan curam dengan sudut antara 30 hingga 45 peratus. Ujian stres turut dijalankan pada klac dengan memandu Tucson di cerun bukit bagi memastikan ia sedia menghadapi cabaran harian.

Akhir sekali, Tucson menunjukkan yang ia mempunyai kemampuan untuk menunda trailer semasa menaiki dan menuruni bukit dan di selekoh. Ujian ini dilakukan di pergunungan Grossglockner di Banjaran Alps.

Previous post

JPJ Pulau Pinang Buru Pesalah Cermin Gelap

Next post

Genesis G70 Facelift Didedahkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *