Berita Auto

Honda Malaysia Serah 40 Unit Civic Kepada ATM

Honda Malaysia hari ini menyerahkan 40 unit Honda Civic 1.8 S baharu kepada Angkatan Tentera Malaysia. Kereta-kereta tersebut akan digunakan oleh Kor Polis Tentera Diraja untuk penguatkuasaan dan tugas kepolisan.

Pada Jun lalu, 425 unit sedan segmen C itu telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Toichi Ishiyama berkata bahawa lebih 1,000 unit Civic 1.8 S telah diserahkan kepada PDRM setakat ini.

Civic 1.8 S dikuasakan oleh enjin iVTEC 1.8-liter yang menjana 141 PS dan 174 Nm yang disalurkan ke roda hadapan menerusi CVT.

Diiktiraf lima bintang oleh ASEAN NCAP, sedan itu dilengkapi dengan enam beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Agile Handle Assist (AHA), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS), Anti-lock Braking System (ABS), Brake Assist (BA) dan Auto Brake Hold (ABH).

Sejak dilancarkan pada Februari lalu, Civic baharu telah terjual melebihi 5,600 unit, sekaligus mengekalkan kedudukannya di tangga teratas dalam segmen C dengan pegangan pasaran 78%.

Previous post

Maserati Buka Lembaran Baharu Dengan MC20

Next post

BMW 330e Plug-In Hybrid Akan Datang Ke Bilik Pameran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *