Hibrid & Elektrik

Honda e Terbaik Untuk Pemanduan Bandar

Kereta elektrik Honda e telah dilancarkan di Eropah pada awal bulan ini dan tidak seperti pesaing-pesaingnya yang memfokuskan kepada pemanduan jarak jauh dalam bentuk sedan dan SUV, hatchback kecil ini dibangunkan khas untuk pemanduan urban.

Ini boleh dilihat pada baterinya yang mempunyai separuh daripada kapasiti bateri Tesla Model, yang memberikan jarak pemanduan hanya sejauh 280 km dengan satu cas penuh. Untuk perbandingan, ada pesaing Honda e yang boleh dipandu sejauh 570 km sekali cas.

“Kebanyakan kereta elektrik menggunakan bateri berkapasiti besar, namun selalunya kebanyakan kapasiti tersebut tidak digunakan semasa memandu di bandar,” kata Tomofumi Ichinose, ketua jurutera Honda e.

“Kami mempersoalkan sama ada kenderaan lebih besar sesuai untuk kawasan bandar dan percaya bahawa kereta kecil adalah pilihan yang lebih baik untuk bandar.”

Tambah Ichinose lagi, jurutera Honda mengutamakan pengendalian yang tepat bagi membolehkan pemandu membuat pusingan U di jalan yang sempit. Cermin sisi pula digantikan dengan paparan dalaman untuk mengelakkan pergesaran semasa meletak kenderaan. Ini sangat berguna ketika memandu di jalan-jalan sempit di sekitar London atau Paris.

Walaupun mempunyai reka bentuk retro yang diinspirasikan oleh model klasik Honda N360 dan N600 dari era 1960an, Honda e adalah kereta urban premium dengan harga jualan kira-kira 33,000 Euro, iaitu lebih mahal berbanding Renault Zoe ZE50 yang lebih besar dan mempunyai jarak pemanduan yang lebih jauh. Bagaimanapun, ia masih lebih murah jika dibandingkan dengan Tesla Model 3 atau Audi e-tron.

Honda mensasarkan jumlah jualan tahunan sebanyak 10,000 unit di Eropah dan 1,000 unit di Jepun. Hatchback elektrik itu akan dilancarkan di pasaran domestiknya pada Oktober tahun ini namun ia tidak akan dijual di pasaran lain termasuk Amerika Utara dan China. Honda juga mengesahkan bahawa ia akan memperkenalkan Honda e untuk program perkongsian keretanya di Jepun.

Previous post

Kereta Terbakar Semasa Mengisi Minyak Di Stesen Petron

Next post

Toyota Hilux Kini Dengan Aksesori Gazoo Racing

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *