Bisnes

Honda Accord Peneraju Segmen D

Honda Malaysia mengumumkan bahawa ia menerima 920 tempahan bagi Accord generasi ke-10 sejak pelancarannya pada Februari lalu, sekaligus membolehkan model itu kekal sebagai pendahulu segmen D bagi separuh pertama 2020 dengan perkongsian pasaran 40%.

Menurut syarikat itu, varian 1.5L VTEC Turbocharged Premium (TC-P) muncul sebagai varian paling popular dengan sumbangan sebanyak 78% daripada jumlah keseluruhan tempahan setakat ini. Hampir 500 unit telah diserahkan kepada pelanggan di seluruh negara.

Warna baharu Platinum White Pearl menjadi pilihan pelanggan dengan sumbangan 33%. Dari segi jualan mengikut kawasan, wilayah tengah mencatat jumlah tempahan tertinggi (42%) diikuti oleh wilayah selatan (23%) dan utara (19%).

Penerimaan yang memberangsangkan ini disumbangkan oleh reka bentuk fastback Accord dengan badan yang lebih lebar dan bumbung yang rendah. Gayanya dilengkapkan lagi dengan gril sayap krom, lampu LED dan rim aloi 18 inci dengan resonator yang mengurangkan bunyi bising.

Enjin 1.5-liter VTEC Turbocharged pada Accord serba baharu ini lebih berkuasa berbanding enjin NA 2.4 liter dengan kuasa sebanyak 201 PS dan 260 Nm. Model ini juga diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (Energy Efficient Vehicle).

Dengan penarafan keselamatan lima bintang oleh ASEAN NCAP, ia dilengkapi dengan Honda SENSING yang merangkumi lapan ciri iaitu:

  • Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control)
  • Sistem Mengikuti Kenderaan (Low Speed Follow)
  • Lampu Tinggi Auto (Auto High Beam)
  • Sistem Amaran Perlanggaran Hadapan (Forward Collision Warning)
  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (Collision Mitigation Braking System)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keep Assist System)
  • Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan (Road Departure Mitigation)
  • Amaran Keluar Lorong (Lane Departure Warning)

Turut disertakan adalah Sistem Bantuan Parkir Pintar dengan Bantuan Brek (Belakang), serta sistem tambahan seperti kamera 360 darjah, Cross Traffic Monitor (CTM), Brek Parkir Elektrik dengan Bantuan Brek, dan Bantuan Brek.

Previous post

Pengeluaran Lamborghini Aventador Cecah 10,000 Unit

Next post

McLaren Automotive Mahu Jual Ibu Pejabat Mereka. Ada Siapa Yang Berminat?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *