Berita Auto

Genesis G70 Facelift Didedahkan

Setelah hampir tiga tahun berada di pasaran, Genesis G70 kini diberikan facelift yang menyaksikannya tampil dengan bahasa reka bentuk ‘Athletic Elegance’ yang turut digunakan oleh model-model Genesis yang lain iaitu G80, GV80 dan G90.

Bakal memasuki pasaran Korea bermula bulan hadapan, sedan sport kompak itu kini hadir dengan lampu ‘quad’ dan gril ‘crest’ yang diposisikan pada kedudukan yang lebih rendah.

Di belakang, terdapat lampu yang direka dengan inspirasi daripada sayap pada logo Genesis serta gabungan diffuser dan muncung ekzos berkembar berbentuk bujur sebagai penyudah.

Sementara itu, ruang dalaman pula menampilkan susun atur ala kokpit jet pejuang dengan skrin infotainmen berukuran 10.25 inci yang menampilkan antaramuka Genesis dan sistem kemas kini ‘over-the-air’. Ciri-ciri lain yang turut disertakan termasuk mod valet, Apple CarPlay dan sistem pengecas tanpa wayar melintang yang boleh memuatkan telefon pintar pelbagai saiz.

Maklumat mengenai spesifikasi enjin masih belum didedahkan namun model ini berkemungkinan besar akan kehilangan varian manual.

Previous post

Hyundai Tucson Generasi ke-4 Selesai Diuji di Eropah

Next post

Cepat! Aston Martin Rapide AMR Hanya Tinggal 2 Unit!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *