Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Ford Ranger XLT Plus Facelift Dilancarkan – RM129,888

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini melancarkan Ford Ranger XLT Plus facelift baharu pada harga RM129,888 (di atas jalan raya, tanpa insurans untuk Semenanjung Malaysia).

Model facelift ini menampilkan lampu hadapan Bi-LED berprestasi tinggi dengan 17 peratus lebih penembusan cahaya untuk penglihatan lebih jelas pada waktu malam, gril hadapan eksklusif serta lip bampar hadapan berwarna perak yang seiras dengan bahagian hadapan Ranger WildTrak.

Ia boleh didapati dalam lima warna iaitu Aluminium Metallic, Arctic White, Lightning Blue, Meteor Grey dan Absolute Black. Turut disertakan adalah Easy Lift Tailgate.

Di dalam, terdapat skrin sentuh 8-inci, sistem multimedia SYNC dengan kamera undur, 4X4 Shift-On-The-Fly elektronik dan sistem stereng berkuasa EPAS (Electric Power Assisted Steering) yang ringan dan lincah.

Ranger XLT Plus dikuasakan oleh enjin 2.0L Single-Turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan untuk menghasilkan kuasa sebanyak 180 PS dan daya kilas setinggi 420 Nm.

Ciri keselamatan pula terdiri daripada dua beg udara, Limited Slip
Differential, Hill Descent Control, Hill Launch Assist, ABS dengan EBA dan EBD, cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX, Electronic Stability Control dengan Traction Control, Rollover Mitigation, Trailer Sway Control, Adaptive Load Control dan Ford MyKey.

Selain itu, SDAC turut mengumumkan promosi terbaru mereka yang menawarkan servis percuma dan pilihan rebat tunai sehingga 31 Disember 2020.

Promosi ini menawarkan lebih banyak penjimatan kos pemilikan kepada pelanggan yang membeli Ranger Raptor, WildTrak dan XLT Plus. Mereka boleh memilih untuk mendapatkan empat servis kenderaan percuma yang bersamaan dengan penyelangaraan percuma selama dua tahun atau sehingga 40,000km, atau rebat tunai bernilai RM2,000.

Previous post

5 Model Senna GTR LM Dicipta Sebagai Penghormatan Kemenangan Tahun 1995 Le Mans

Next post

Bentley Mulliner Menambah Continental GT Coupé Ke Koleksinya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *