Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Ford Ranger Boleh Didapati Dengan Pakej Tremor di AS

Pemilik Ford Ranger di Amerika Syarikat yang ingin memperhebatkan lagi jentera mereka kini boleh mendapatkan pakej Tremor yang mengandungi pelbagai naik taraf. Pakej ini ditawarkan untuk varian XLT dan Lariat dengan konfigurasi SuperCrew 4X4.

Menerajui senarai naik taraf Tremor adalah peredam monotube Fox 2.0 dengan takung berasingan dan gegelung yang ditala semula untuk prestasi off-road yang lebih hebat. Digabungkan dengan tayar all-terrain Continental General Grabber A/TX dan rim 17 inci baharu, trak pikap ini mempunyai jarak kelegaan tanah 9.7 inci, 0.8 inci lebih tinggi berbanding Ranger SuperCrew 4X4.

Walaupun sistem suspensi berubah, kapasiti tunda dan muatan tidak berubah. Sudut pendekatan meningkat sebanyak 2.2 darjah kepada 30.9 darjah, sudut ‘breakover’ naik 2.7 darjah kepada 24.2 darjah, manakala sudut pelepasan turut bertambah sebanyak 0.1 darjah kepada 25.5 darjah. Ranger Tremor turut didatangkan dengan Terrain Mode, Trail Control, plat pelindung bawah badan dan cangkuk tambahan.

Melengkapkan pakej ini adalah enam suis tambahan di dalam kabin yang membolehkan pemandu mengawal aksesori seperti takal, lampu dan pemampat udara. Ford menyediakan tiga suis 5 amp, satu suis 10 amp, 15 amp dan 25 amp.

Pakej Tremor turut merangkumi naik taraf visual seperti gril berwarna Magnetic dengan kemasan merah, lencana eksklusif pada bahagian sisi badan dan grafik pada hud dan badan. Di dalam, terdapat kemasan baldu Miko dan sulaman logo “Tremor” pada tempat duduk.

Ranger Tremor didatangkan dengan enjin EcoBoost 2.3-liter dengan 270 hp dan 420 Nm, yang dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan dan sistem pacuan 4X4 dengan ‘differential’ belakang elektronik. Pakej ini ditawarkan pada harga $4,290 (RM17,784).

Previous post

Suzuki Swift Facelift Kini Di Eropah ... Sampai Malaysia 2021?

Next post

Hyundai Tucson Serba Baharu Diperkenalkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *