Berita Auto

Volkswagen Passat R-Line Boleh Mula Ditempah – RM200k-RM210k

Tidak cukup dengan pelancaran Arteon R-Line dan Tiguan Allspace, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) sempat memperlihatkan Passat R-Line baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Hadir dalam versi pemasangan tempatan, sedan sporty ini sudah dibuka untuk tempahan dengan harga jangkaan antara RM200,000 hingga RM210,000.

Diinspirasikan oleh rangkaian model R Volkswagen, Passat R-Line hadir dengan bampar hadapan dan belakang R-Line, lencana sisi R-Line, kemasan krom serta rim Verona bersaiz 19 inci. Ia boleh didapati dalam enam warna iaitu Aquamarine Blue, Tamarind Brown, Manganese Grey, Reflex Silver, Deep Black dan Oryx White.

Untuk ruang dalaman pula, kemasan R-Line dapat dilihat dengan jelas menerusi penggunaan kulit Nappa hitam karbon pada tempat duduk, stereng dan pedal sports aluminium.

Sistem infotainmen terdiri daripada skrin sentuh Discover Pro 9.2 inci dengan sokongan Wireless App-Connect, Apple CarPlay dan Android Auto.

Seperti Arteon R-Line, sedan ini dikuasakan oleh gandingan enjin TSI 2.0-liter dan transmisi DSG tujuh kelajuan dengan kuasa berjumlah 190 PS dan 320 Nm.

Aspek keselamatan dipertingkatkan lagi melalui ciri Side Assist dengan jarak pengesanan 180 darjah sehingga 50 meter. Ciri Rear Traffic Alert pula memberi amaran kepada pemandu apabila mengundur keluar dari ruang parkir jika terdapat kenderaan yang mendekati pada sudut 90 darjah.

Previous post

Volkswagen Tiguan Allspace Tawar 7 Tempat Duduk

Next post

Suzuki Ignis Crossover UK Dapat Facelift

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *