Cerita Auto

Volkswagen Arteon R-Line Dilancarkan – RM221k, CKD

Setelah sekian lama, model yang ditunggu-tunggu iaitu Volkswagen Arteon akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia dalam versi pemasangan tempatan dan R-Line. Model yang dilancarkan ini merupakan versi asal dan bukannya versi facelift yang diperkenalkan pada Jun lalu.

Dipasang di Pekan, Arteon R-Line dijual pada harga RM221,065.28 tidak termasuk insurans. Ia hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, di samping jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

Fastback lima pintu ini dikuasakan oleh enjin TSI 2.0-liter empat silinder yang menjana 190 PS dan 320 Nm yang disalurkan ke roda hadapan melalui transmisi DSG tujuh kelajuan.

Enjin dan kotak gear tersebut dibantu oleh ciri Dynamic Chassis Control (DCC) yang menawarkan 15 ubah suai dan lima mod pemanduan iaitu Eco, Comfort, Normal, Sport dan Individual.

Dari segi penampilan, Arteon R-Line diserlahkan menerusi kemasan krom hadapan agresif, lencana R-Line, lampu utama LED, lampu belakang dengan indikator dinamik, spoiler belakang berwarna hitam, rim aloi Montevideo bersaiz 19 inci serta kemasan krom pada bahagian bawahnya.

Ruang dalaman pula dihiasi dengan upholsteri kulit Nappa Carbon, kemasan aluminium Silver Rise, pelapik bumbung hitam Titanium, jam analog dan lampu ambien dengan tiga pilihan warna.

Antara kelengkapan standard yang disertakan termasuklah tempat duduk Ergo Comfort boleh laras 14 cara, sistem audio Dynaudio, kokpit digital berukuran 11.7 inci dan skrin sentuh infotainmen Discover Pro berukuran 9.2 inci dengan ciri Apple CarPlay, Android Auto dan MirrorLink.

Ciri keselamatan pula merangkumi Post Collision Braking System, Intelligent Crash Response System (ICRS), Electronic Differential Lock (XDS), Electronic Stability Control (ESC), Anti-Lock Braking System (ABS), Brake Assist (BA), Hill-hold Control, Proactive Passenger Protection System dan Active Bonnet.

Previous post

‘IONIQ’ Kini Merupakan Sub-Jenama Elektrik Hyundai Group

Next post

Volkswagen Tiguan Allspace Tawar 7 Tempat Duduk

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *