Berita Auto

Toyota Service Savers Tawar Penyelenggaraan Yang Lebih Menjimatkan

Untuk menjadikan penyelenggaraan lebih mudah, UMW Toyota Motor (UMWT) kini memperkenalkan Toyota Service Savers (TSS), sebuah pakej penyelenggaraan yang boleh dipilih semasa pembelian kereta baharu. Pakej berkenaan juga boleh dimasukkan ke dalam pelan Toyota EZ Beli.

Dengan memilih pakej TSS, kos yang terlibat telah dikira dan dimasukkan sekali dari awal, bermaksud pelanggan hanya perlu menghantar kenderaan untuk diservis mengikut jadual tanpa perlu membayar apa-apa ketika mengambil semula kenderaan. Ini juga akan memastikan kenderaan diservis tepat pada masanya.

Pakej TSS boleh digunakan di semua 85 pusat servis sah Toyota di Malaysia dalam tempoh lima tahun dari tarikh ia dibeli. Harga bagi pakej TSS bergantung kepada model, bermula dari RM3,220 bagi Vios (penjimatan RM469) hingga RM6,030 bagi Hilux (penjimatan RM922).

Pakej-pakej berkenaan merangkumi semua keperluan setiap model pada selang jadual servis yang sepatutnya (seperti yang dinyatakan dalam buku panduan pemilik) termasuk minyak pelincir dan alat ganti. Hanya alatan ganti tulen Toyota Genuine Parts atau yang disahkan oleh Toyota sahaja akan digunakan.

Sebagai manfaat tambahan, semua pelanggan TSS juga layak untuk menikmati potongan harga 10% bagi alat ganti terpilih dan potongan harga 20% bagi pakej imbangan dan jajaran tayar serta servis pendingin hawa di semua pusat servis sah Toyota.

Untuk maklumat lanjut berkaitan pakej TSS, pelanggan boleh menghubungi mana-mana bilik pameran atau pusat servis rasmi Toyota. Bagi mengetahui lokasi berdekatan anda, layari toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol Toyota di 1-800-8-TOYOTA (869682).

Previous post

Lexus Mutiara Damansara Yang Diperbaharui October 2018 Lalu Kini Dikendali Pengedar

Next post

Bentley Perkenal Sistem Ekzos Akrapovic Untuk Bentayga

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *