Berita Auto

Toyota Dilaporkan Hentikan Pembangunan Enjin V8

Enjin V8 Toyota mungkin akan menjadi sejarah lebih cepat daripada yang dijangkakan. Menurut laporan sebuah majalah berbahasa Jepun, syarikat itu telah menghentikan semua pembangunan enjin V8 bagi memberi tumpuan kepada enjin turbo V6 dan trenkuasa elektrik.

Enjin yang lebih kecil itu dikatakan akan menggantikan enjin aspirasi natural 5.7-liter V8 yang digunakan pada Toyota Sequoia, Tundra dan Lexus LX570, serta enjin 5.0-liter V8 yang memacu Lexus RC F dan LC500.

Kedua-dua enjin siri UR itu dikatakan tidak lagi mampu memenuhi piawaian emisi yang semakin ketat. Bukan itu sahaja, kewangan Toyota turut terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19 jadi itu juga boleh menjadi punca kenapa Toyota mahu menghentikan pembangunan enjin V8.

Toyota Tundra TRD Pro

Jika laporan terbaru ini benar, enjin 4.0-liter twin-turbo V8 dengan 660 hp yang dilaporkan sedang dibangunkan oleh Toyota untuk kegunaan jentera lumba LC nampaknya tidak akan menjadi kenyataan. Sayang sekali, kerana enjin tersebut dikatakan akan digunakan pada model-model pengeluaran termasuk LC F bagi membolehkannya bersaing dengan Mercedes-AMG GT dan BMW M8.

Apa-apa pun, Toyota masih belum mengesahkan perkara ini. Tetapi jika syarikat itu memutuskan untuk tidak menghasilkan lagi enjin V8 seperti yang dilaporkan, ia bukanlah perkara yang buruk. Enjin V6 hibrid mungkin tidak dapat menghasilkan bunyi yang garang seperti enjin V8 namun sekurang-kurangnya kehadiran motor elektrik boleh meningkatkan kuasa, tork dan kecekapannya.

Lexus LC500 Inspiration Series

Selain itu, mempunyai sesaran dan bilangan silinder yang lebih kecil bermakna enjin V6 lebih ringan dan kompak dan ini sangat membantu dalam aspek pengendalian dan kestabilan.

Previous post

Lori Generasi Baharu Scania Jenis Kren Adalah Yang Terbesar Diterima Curio Pack

Next post

Yamaha TMAX Kacukan R1 Rekaan Lobomotive

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *