Cerita Auto

Subaru WRX Club Sport Dilancarkan di Australia

Anda mungkin sudah tahu bahawa Subaru WRX dan WRX STI semasa akan digantikan dengan model generasi baharu tidak lama lagi. Namun sebelum ia berlaku, Subaru telah memperkenalkan WRX Club Spec untuk pasaran Australia.

Terhad kepada 150 unit sahaja, WRX Club Spec ditawarkan pada harga $47,990 (RM144,630) untuk versi manual dan $50,490 (RM152,165) untuk versi CVT, menjadikannya kira-kira $7,500 (RM22,600) lebih mahal berbanding WRX standard.

Untuk harga itu, pelanggan akan mendapat WRX yang lebih sporti yang memakai rim aloi STI berukuran 18 inci dan juga lencana Club Spec berwarna hitam matte pada bahagian belakang.

Bukan itu sahaja, model edisi terhad ini juga dilengkapi dengan sistem brek Brembo yang lebih berkuasa dari WRX STI. Namun sayangnya, hanya versi manual akan menerima sistem brek tersebut.

Di dalam, terdapat tempat duduk bucket untuk pemandu dan penumpang hadapan, serta stereng yang dibalut material Ultrasuede, juga dari WRX STI. Turut disertakan adalah sistem audio Harman Karbon dengan lapan pembesar suara, subwoofer dan amplifier, serta lencana Club Spec.

Tiada perubahan pada aspek kuasa, bermakna model ini dikuasakan oleh Enjin boxer 2.0-liter empat silinder dengan janaan 268 hp dan 350 Nm.

Previous post

COVID-19: Rakyat Malaysia Masih Ragu-Ragu Guna Pengangkutan Awam

Next post

Maserati Memperluas Model ‘Trofeo’ Mereka Untuk Ghibli & Quattroporte

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *