Berita Auto

Rolls-Royce Dawn Silver Bullet Diperkenalkan

Rolls-Royce telah memperkenalkan Dawn Silver Bullet, sebuah roadster dua tempat duduk yang berasaskan model Dawn. Walaupun bahagian hadapan dan belakang kelihatan serupa, tempat duduk belakang model ini telah dialihkan dan digantikan dengan penutup tonneau yang digelar sebagai Aero Cowling.

Terhad kepada 50 unit sahaja untuk pasaran global, Dawn Silver Bullet hadir dalam warna Brewster Silver yang diinspirasikan oleh model-model istimewa Rolls-Royce yang terdahulu seperti Silver Dawn, Silver King, Silver Silence dan Silver Spectre.

Rolls-Royce tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai model ini namun ia dijangka mengekalkan enjin 6.6-liter twin-turbo V12 yang menjana 563 hp dan 820 Nm. Walaupun kelajuan bukanlah fokus utama, kuasa tersebut cukup untuk memacu Dawn Silver Bullet dari 0 hingga 100 km/j dalam lima saat.

Gambar-gambar Dawn Silver Bullet diambil di sekitar Tasik Garda yang merupakan tasik terbesar di Itali. Model ini dikeluarkan di Global Centre of Luxury Manufacturing Excellence di Goodwood.

Previous post

Hyundai Sonata Menang Anugerah Interior Terbaik 2020

Next post

Proton Saga Akan Dipasang di Kenya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *