Berita Auto

Renault Syarikat Langganan Kereta Terbaik

Renault telah dipilih sebagai Syarikat Langgan Kereta Terbaik di Malaysia pada acara Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan Asia Pacific 2020 untuk program Renault Subscription yang ditawarkannya. Pengiktirafan itu dilihat tepat pada masanya kerana Renault Subscription akan meraikan ulangtahun pertamanya pada bulan ini.

Dilancarkan pada Ogos tahun lalu, Renault Subscription direka untuk menawarkan satu alternatif pemilikan kenderaan yang lebih mampu milik dan fleksibel berbanding pembelian tradisional, selain pilihan perkongsian dan sewaan kereta yang ada di pasaran.

Selepas setahun, program itu telah mendapat 135,000 pertanyaan daripada mereka yang berminat dan memperoleh lebih 1,000 pelanggan dengan 10 peratus daripadanya memiliki lebih daripada satu pelan langganan.

Antara sebab utama kenapa mereka memilih Renault Subscription adalah tidak perlu bimbang mengenai pinjaman jangka panjang, penyusutan nilai, boleh memandu kereta baharu setiap dua atau tiga tahun, tiada bayaran muka, tiada kadar faedah dan satu kos yang sudah merangkumi semuanya.

Dilancarkan dengan pelan Fixed dan Switch untuk crossover kompak Captur dan Koleos, TC Euro Cars kini agresif dalam meningkatkan kualiti program Renault Subscription berdasarkan maklum balas positif daripada pelanggan.

Bermula dengan kemasukan Megane R.S. ke dalam pelan langganan pada lewat tahun lalu, TCEC kini menawarkan pelan-pelan baharu yang lebih mampu milik untuk menjangkau kelompok pelanggan lebih luas.

Pelan Fixed dan Switch ditawarkan pada semua tiga model Renault – Captur, Koleos dan Megane R.S. melibatkan tujuh varian. Pada awal tahun ini, TCEC melancarkan pelan Renault Subscription 7-Day Trial Plan, 1-Month Trial Plan and Pre-Owned Captur 1-Year Fixed Plan.

Daripada jumlah keseluruhan, 74 peratus pelanggan memilih Fixed Plan, 21 peratus memilih Trial Plan manakala selebihnya memilih Switch Plan. Berbanding model-model lain, Captur kekal paling popular dengan 82 peratus pelanggan memilih crossover gaya hidup tersebut.

Mereka yang beminat untuk menjadi sebahagian daripada program Renault Subscription boleh memanfaatkan tawaran istimewa yang disediakan pada bulan ini. Pelanggan akan menikmati penjimatan hebat sehingga 38 peratus dan naik taraf percuma kepada Captur Trophy edisi khas bernilai RM7,200 bagi pelan Fixed Captur.

PelanModelKadar NormalPromosi Ogos
7 hariCapturRM399
1 bulanCapturRM1,499
Pelan Fixed 1 tahunCaptur(terpakai)RM1,299
Pelan Fixed 1 tahunCaptur (Baharu)Bermula RM1,699Bermula RM1,199 untuk 6 bulan pertama dengan naik taraf percuma ke Captur Trophy bernilai RM2,400
Pelan Fixed 2 tahunCaptur (Baharu)Bermula RM1,499Bermula RM999 untuk 6 bulan pertama dengan naik taraf percuma ke Captur Trophy bernilai RM4,800
Pelan Fixed 3 tahunCaptur (Baharu)Bermula RM1,299Bermula RM799 untuk 6 bulan pertama dengan naik taraf percuma ke Captur Trophy bernilai RM7,200
Pelan Fixed 1 tahunKoleos (Baharu)Bermula RM2,699Bermula RM2,299 untuk 6 bulan pertama
Pelan Fixed 2 tahunKoleos (Baharu)Bermula RM2,499Bermula RM2,099 untuk 6 bulan pertama
Pelan Fixed 3 tahunKoleos (Baharu)Bermula RM2,299Bermula RM1,899 untuk 6 bulan pertama
Pelan Fixed 1 tahunMegane R.S. (Baharu)Bermula RM5,999Bermula RM4,999 untuk 6 bulan pertama
Pelan Fixed 2 tahunMegane R.S. (Baharu)Bermula RM4,999Bermula RM3,999 untuk 6 bulan pertama
Pelan Fixed 3 tahunMegane R.S. (Baharu)Bermula RM3,999Bermula RM2,999 untuk 6 bulan pertama
Previous post

Proton Saga Akan Dipasang di Kenya

Next post

Pemilik Proton Perdana Digesa Tukar Beg Udara

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *