Berita Auto

Kini Anda Boleh Langgan Proton X70 Dengan Flux

Penyedia perkhidmatan langganan kereta, Flux mengumumkan bahawa ia kini menawarkan SUV yang semakin popular di Malaysia iaitu Proton X70 dengan yuran langganan bermula RM1,975 sebulan.

Menurut syarikat itu, semua X70 dalam koleksi mereka merupakan varian Premium dan boleh didapati dalam warna Snow White, Space Grey dan Jet Grey.

Dengan langganan Flux, pelanggan tidak perlu risau tentang kos insurans, cukai jalan, penyelenggaraan dan ‘wear and tear’ kerana semuanya sudah termasuk dalam yuran bulanan.

Pelanggan juga boleh menukar kereta semasa dalam tempoh langganan bagi memastikan mereka mempunyai kereta yang sesuai dengan gaya hidup mereka. Selain itu, Flux turut menyediakan perkhidmatan penghantaran pintu-ke-pintu dan pengurusan pentadbiran serta penyelenggaraan bagi pihak pelanggan.

Pelanggan boleh memilih untuk melanggan X70 untuk sebulan atau hingga tiga tahun. Sempena bulan kemerdekaan ini, pelanggan tidak perlu membayar fi tempahan sebanyak RM75.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh membeli X70 daripada Flux selepas tempoh 36 bulan dengan harga RM80,888.

Untuk maklumat lanjut, hubungi perkhidmatan pelanggan Flux menerusi emel support@driveflux.com atau hubungi talian 03 6411 5611.

Previous post

Volkswagen Golf GTi Mk8 Ditala Oleh Oettinger

Next post

Porsche 911 GT3 RS Oleh Manthey Racing

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *