Berita Auto

Proton Lancar Pakej Kewangan Untuk Graduan Baharu

Proton Commerce Sdn. Bhd. (PCSB), sebuah syarikat di bawah Kumpulan PROTON telah mengumumkan satu kempen yang menyediakan peluang kepada graduan baharu untuk memiliki kereta pertama dengan kadar pinjaman sewa beli yang rendah.

Kempen ini hanya memerlukan satu surat pengesahan pekerjaan atau slip gaji selama sebulan sebagai syarat untuk mendapatkan pinjaman. Ia juga menawarkan kadar faedah terendah iaitu 2.98%.

Syarat-syarat utama yang diperlukan adalah:

  • pelanggan mestilah seorang graduan (sekurang-kurangnya diploma)
  • berumur antara 18-30 tahun
  • mempunyai pekerjaan dengan gaji minimum RM1,500

Kempen ini berlangsung sehingga 31 Disember 2020, seiring dengan penawaran jualan tanpa cukai menerusi inisiatif PENJANA.

Kempen ini diadakan bagi membantu mengatasi masalah mobiliti bagi mereka yang baru memasuki fasa pekerjaan. Halangan utama bagi pembeli di dalam segmen ini adalah untuk mendapatkan pinjaman jual beli tanpa mempunyai slip pendapatan selama tiga bulan, iaitu satu syarat biasa bagi mendapatkan pinjaman.

“Melihatkan kepada ekonomi ketika ini, mobiliti adalah sesuatu yang penting bagi anak muda yang baru memasuki alam pekerjaan. Kempen ini memberikan pemerkasaan dan autonomi kepada graduan-graduan tersebut. Kami yakin bahawa pakej ini akan membantu graduan baharu memiliki kereta, di mana bayaran semula hanya dari serendah RM239

Selain pakej kempen graduan baharu, PCSB turut mengumumkan bahawa pada 7 Julai 2020, syarikat juga telah menurunkan kadar faedah penawaran keseluruhan sehingga serendah 2.22% berdasarkan kredibiliti pelanggan dan margin kewangan. sebulan” kata Mooi Fi Phang, Ketua Pegawai Eksekutif PCSB.

Previous post

Toyota Hilux 2020 Sudah Boleh Ditempah

Next post

Kantoi Cuba Seludup Masuk McLaren 620R ke Filipina

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *