Berita Auto

Porsche 911 GT3 RS Oleh Manthey Racing

Manthey Racing mungkin kurang dikenali dalam dunia modifikasi automotif namun bagi mereka yang mengikuti siri perlumbaan antarabangsa, ia bukanlah satu nama yang asing dengan lapan gelaran juara dalam siri Porsche Supercup, lima kemenangan keseluruhan dalam 24H Nurburgring dan dua di Le Mans.

Kali ini, syarikat yang berpangkalan di Nurburgring itu menawarkan kepakaran mereka kepada pemilik Porsche 911 GT3 RS dengan pakej naik taraf aerodinamik dan casis.

Walaupun dalam versi standard 911 GT3 RS mempunyai kit badan yang cukup baik, Manthey Racing memajukannya ke satu tahap yang lebih tinggi menerusi penambahan ‘canard’ pada bampar hadapan, bonet belakang gentian karbon, ‘gurney flap’ pada bonet tersebut serta spoiler besar dengan pendakap gentian karbon. Turut ditawarkan adalah cakera pada roda belakang yang membantu melancarkan pengaliran udara.

Untuk casis pula, jentera ini mendapat set ‘coilover’ boleh laras keluaran JW yang turut digunakan pada jentera lumba 911 GT3 R. Selain itu, Manthey Racing turut menaik taraf kabel brek dan pad brek khas. Pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan roda magnesium.

Bahagian enjin tidak disentuh, bermakna enjin 4.0-liter enam silinder itu masih menghasilkan 520 hp dan 470 Nm. Tanpa sebarang modifikasi, 911 GT3 RS mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.2 saat dan boleh memecut sehingga 312 km/j.

Previous post

Kini Anda Boleh Langgan Proton X70 Dengan Flux

Next post

COVID-19: Rakyat Malaysia Masih Ragu-Ragu Guna Pengangkutan Awam

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *