Promosi / Tawaran / Peraduan

Pemenang Bertuah BHPetrol Promosi Program ‘Kaya Raya Contest’ Terima Hadiah Berjumlah RM500,000

Bousted Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) semalam telah menghadiahkan sejumlah wang tunai dan ePoints bernilai RM500,000 kepada 12 pelanggan bertuah dari seluruh Malaysia.

BHPetrol Promosi Program ‘Kaya Raya Contest’ ini berlangsung dari 15 Mac hingga 20 Jun 2020. 3 hari sebelum PKP berkuat kuasa sehinggalah ke PKPP.

Walaupun dengan PKP berkuat kuasa pada awal Promosi Program ‘Kaya Raya Contest’ ini dan berlangsung sehinggalah kepada PKPP yang masih berkuat kuasa sekarang promosi 3 bulan ini berjaya menarik lebih daripada 500,000 pemyertaan dari seluruh negara.

Ini adalah peraduan yang paling senang untuk disertai. Isi saja kenderaan dengan bahan bakar BHPetrol Infiniti bernilai RM30.00 atau belanja sekurang-kurangnya RM30.00 di kedai serbaneka BHPetromart dan anda dengan serta-merta layak untuk menyertai peraduan. Terdapat borang ringkas untuk diisi dan masukkan borang ke dalam kotak pertandingan yang disediakan disetiap stesen dan, itu sahaja.

Bukan hari ini sahaja tetapi sepanjang tempoh peraduan, BHPetrol turut memberi balik kepada pelanggan mereka dengan menghulurkan hadiah-hadiah mingguan berupa 100,000 ePoints yang diberikan secara rawak kepada 10 pemenang setiap minggu.

EPoints ini dapat digunakan untuk menebus bahan bakar BHPetrol Infiniti atau untuk pelbagai produk yang dijual di kedai serbaneka BHPetromart mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Encik Leslie Ng ditugaskan untuk memilih 12 pemenang bertuah pada majlis penyampaian hadiah semalam.

Hadiah-hadiah adalah seperti berikut:

6x Hadiah Ketiga    = RM15,000 + 30,000 ePoints

3x Hadiah Kedua = RM20,000 + 40,000 ePoints

2x Hadiah Pertama     = RM50,000 + 100,000 ePoints

Hadiah Utama x 1 = RM100,000 + 200,000 ePoints

Pemenang-pemenang bertuah Promosi Program ‘Kaya Raya Contest’ ini datang dari sejauh Changloon Kedah di utara hinggalah ke Kulai, Johor di selatan dan banyak lagi dari merata negara.

Pemenang hadiah utama ialah Lye Wan Sin dari Sungei Siput, Perak yang membawa pulang wang tunai RM100,000 dan 200,000 ePoints untuk digunakan di kedai serbaneka BHPetromart. Pemenang hadiah Pertama ialah Laili Mohamed Hali dari Shah Alam, Selangor dan Azri Hairere Azman dari Kuala Lumpur yang membawa pulang wang tunai RM50,000 dan 100,000 ePoints.

Peraduan ini merupakan satu lagi kejayaan bagi Bousted Petroleum Marketing Sdn Bhd kerana memberikan wang tunai kepada pelanggan yang bertuah semasa keadaan ekonomi Malaysia yang mencabar ini kerana COVID-19 dan ia juga memberi kesedaran kepada jenama BHPetrol yang merupakan pembekal bahan bakar pertama di Malaysia untuk memperkenalkan diesel Euro5 berkualiti tinggi dan juga petrol berkualiti tinggi kepada pemilik kereta Malaysia.

BHPETROL

Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd adalah ahli Kumpulan Syarikat Boustead. Sejak pelancaran BHPetrol pada tahun 2005, usaha gigih mereka untuk memasar dan mengedar produk petroleum terkemuka mereka telah menyaksikan perkembangan syarikat yang stabil di seluruh Malaysia. Hari ini, ia menjual bahan bakar melalui rangkaian lebih dari 400 stesen servis di bawah BHPetrol, dan memasarkan produk Liquefied Petroleum Gas (LPG) dan pelincir.

Previous post

BMW Sah Akan Hasilkan M3 Touring

Next post

Honda City Generasi ke-5 Dibuka Untuk Tempahan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *