Motosikal / Lain Lain Roda

Modenas Tawar Perkhidmatan Penyelenggaraan Terus ke Pintu

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) mengumumkan tawaran perkhidmatan selepas jualan baharu iaitu perkhidmatan bergerak ‘Direct to your Door khas untuk semua pemilik moped, skuter dan ‘street bike’ jenama Modenas bermula 8 Ogos 2020.

Inisiatif baru ini adalah bersempena dengan Ulang tahun ke-25 syarikat itu dan aspirasinya untuk terus mengembangkan serta meningkatkan prestasi perkhidmatan selepas jualan.

Dengan hanya beberapa klik untuk membuat temujanji, pasukan pekhidmatan selepas jualan Modenas akan terus menemui pelanggan dan membantu menjimatkan masa perjalanan untuk servis motosikal. Perkhidmatan bergerak ini disediakan berdasarkan temujanji dalam jarak 15 km dari pusat servis yang terpilih.

Juruteknik servis selepas jualan Modenas telah dilatih dan diberikan motosikal dan van yang dilengkapi dengan peralatan yang diperlukan bagi mengendalikan proses penyelenggaraan di lokasi.

Berikut adalah pusat servis terpilih yang menawarkan Perkhidmatan Bergerak Modenas ‘Direct To Your Door’:

  • Pusat Servis MODENAS Ipoh, Perak Tel : 04-466 8117
  • Pusat Servis MODENAS Kuantan, Pahang Tel : 04-466 8199

Pusat-pusat ini dibuka Isnin hingga Sabtu, dari 9 pagi hingga 4 petang (Isnin hingga Jumaat) dan 9 pagi hingga 12.30 tengahari (Sabtu).

Harga yang dikenakan bergantung kepada jenis penyelenggaraan tidak termasuk RM10 caj perkhidmatan.

Previous post

Lagi-Lagi Teaser - Ini Kali Dalaman W223 Mercedes-Benz S-Class

Next post

Penghantaran Hypercar Bugatti Divo Bermula

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *