Berita Auto

McLaren Tunjuk Casis Gentian Karbon Baharu

McLaren telah mendedahkan casis gentian karbon yang akan digunakan sebagai asas kepada barisan model elektrifikasi dan hibrid jenama itu yang akan datang.

Direka khas untuk menampung trenkuasa hibrid, casis tersebut dibangunkan dan dihasilkan sendiri oleh McLaren di fasiliti McLaren Composites Technology Centre (MCTC) di Sheffield yang bernilai £50m (RM276 juta).

Menurut syarikat itu, casis itu dibina dengan menggunakan teknik dan proses yang pertama di dunia bagi tujuan mengurangkan berat dan pada masa yang sama, mengekalkan integriti struktur dan meningkatkan ciri keselamatan.

Pengurangan berat memainkan peranan penting kerana kebanyakan kereta hibrid menampung berat tambahan daripada pek bateri yang digunakan untuk menjana motor elektrik.

Bercakap kepada Autocar, ketua pegawai eksekutif McLaren Automotive Mike Flewitt berkata bahawa syarikat itu mensasarkan untuk melancarkan kereta hibrid dengan berat yang sama seperti model sedia ada.

“Kami tidak akan mencapai sasaran itu, namun kami akan memastikan perbezaan adalah antara 30 hingga 40 kg. Apabila anda fikir sistem hibrid P1 adalah 140 kg, kami telah melakukan banyak perkara untuk menguruskan berat tersebut,” kata beliau.

Supercar hibrid McLaren pertama yang menggunakan casis gentian karbon ini akan dilancarkan pada tahun hadapan. Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat mengenai spesifikasi model baharu itu.

Previous post

Mugen Hasilkan Pakej Naik Taraf Untuk Honda S660

Next post

Bagaimana SUV Prestasi Terberat Audi Menguruskan Roll

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *