Promosi / Tawaran / Peraduan

Nikmati Pelbagai Tawaran Menarik Menerusi Kempen ‘Add Indepence’ MINI Malaysia

MINI Malaysia telah memperkenalkan kempen ‘Add Independence’ sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-63 yang bakal menjelang.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia turut mengambil peluang untuk berkongsi, “Program-program menarik yang disediakan turut dirumus khas buat warga MINIacs yang mendahagakan pengembaraan baharu, dan tiada jentera yang lebih sempurna daripada MINI Countryman untuk memenuhi citarasa mereka. Tidak kira apa jua destinasi pengembaraan anda, terdapat aneka varian MINI Countryman yang dapat memenuhi setiap keperluan.”

Kempen ‘Add Independence’ memperkenalkan pelbagai tawaran menarik, termasuk kadar faedah serendah 0%, pelan ansuran bulanan bermula daripada RM2,315, bantuan pembayaran ansuran sebanyak RM5,000, serta rebat tunai sehingga RM22,000 bagi pembelian model-model MINI terpilih.

Tawaran kempen ‘Add Independence’ dibuka mulai hari ini sehingga 30 September 2020, sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.mini.my/addindependence.

Previous post

Jaguar E-Pace Masuk Pasaran Malaysia - RM403k

Next post

Isuzu D-Max Stealth Edisi Terhad Dilancarkan di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *