Berita Auto

Hukuman Lebih Berat Jika Guna Telefon Ketika Memandu

Pemandu menggunakan telefon ketika memandu bukanlah satu pemandangan yang asing di negara ini. Ini merupakan sesuatu yang sangat mengecawakan kerana perbuatan tidak bertanggungjawab ini boleh meningkatkan risiko berlaku kemalangan dan membahayakan pemandu serta pengguna jalan raya yang lain.

Dalam usaha untuk membanteras kelakuan ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan bahawa penggunaan telefon ketika memandu kini dikategorikan sebagai saman tidak boleh dikompaun di bawah kaedah 17A, LN166/59 bermakna pesalah perlu hadir ke mahkamah.

Menurut satu kenyataan di laman Facebook PDRM, langkah yang lebih tegas ini diambil kerana masih ramai rakyat Malaysia yang menggunakan telefon ketika memandu atau menunggang.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan. Pesalah kali kedua akan berdepan hukuman yang lebih tegas iaitu denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Apa pendapat anda tentang tindakan yang diambil oleh PDRM ini? Adakah ia patut atau terlampau keras?

Previous post

Maserati Memperluas Model ‘Trofeo’ Mereka Untuk Ghibli & Quattroporte

Next post

Bank Rakyat Tawar Pembiayaan Sehingga 100% Untuk Toyota dan Lexus

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *