Motosikal / Lain Lain Roda

Honda Vario 150 Kini Dalam Tiga Warna Baharu

Boon Siew Honda telah melancarkan Honda Vario 150 versi 2020 yang didatangkan dalam tiga kombinasi warna baharu iaitu Force Silver Metallic, Pearl Magellanic Black dan Sword Silver Metallic. Turut ditawarkan adalah Edisi Repsol.

Selain pengenalan warna-warna baharu tersebut, spesifikasi Vario 150 kekal sama seperti sebelum ini. Ia dikuasakan oleh enjin sejukan cecair empat lejang 150 cc yang menghasilkan 13.1 PS pada 8,500 rpm dan 13.4 Nm pada 5,000 rpm. Enjin tersebut dilengkapi dengan teknologi eSP dan Idling Stop System (ISS) untuk mencapai keseimbangan prestasi dan kecekapan bahan api.

Antara ciri standard yang terdapat pada model ini adalah lampu LED depan dan belakang, panel meter digital LCD, sistem kunci pintar, rim 14 inci dan brek cakera pada roda hadapan. Ruang penyimpanan berkapasiti 18 liter di bawah tempat duduk dan rak berkembar turut disertakan untuk memudahkan lagi pengguna.

Bagi ciri keselamatan, Vario 150 dilengkapi dengan Combi Brake System (CBS) yang membantu mengimbangi sistem brek pada roda hadapan dan belakang.

Vario 150 kini dijual pada harga RM7,499 bagi warna Force Silver Metallic, Pearl Magellanic Black dan Sword Silver Metallic, manakala Edisi Repsol pula berharga RM7,699. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM300 berbanding model asal yang dilancarkan dua tahun lalu.

Previous post

Jaguar XE Facelift Kini di Malaysia

Next post

Hyundai Kona Bakal Dilancarkan Pada Suku Keempat 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *