Motosikal / Lain Lain Roda

Dapatkan Notebook Lenovo Ducati 5 Yang ‘Cool’ Ini Pada Harga RM3,999

Next Bike Sdn Bhd, pengedar rasmi motosikal Ducati di Malaysia, telah mengumumkan kerjasama dengan Lenovo Malaysia sebagai rakan teknologinya.

Hasil daripada kerjasama ini, Lenovo Malaysia akan membekalkan tiga unit notebook edisi terhad Lenovo Ducati 5 untuk kegunaan orang ramai yang melawat bilik pameran Ducati Malaysia di Petaling Jaya.

Dikuasakan oleh pemproses Intel Core i5 generasi ke-10, Lenovo Ducati 5 menggabungkan prestasi dengan gaya. Komputer riba berukuran 14 inci ini menampilkan Windows 10 serta bateri dengan hayat sehingga 12 jam yang boleh dicas semula dengan pantas menerusi ciri Rapid Charge.

Ia boleh didapati menerusi laman web Lenovo dengan harga bermula RM3,999 termasuk program Microsoft Office Home dan Student.

Bagaimanapun, pelanggan Ducati dan ahli Desmo boleh mendapatkan laptop edisi terhad ini pada harga diskaun RM3,519. Bukan itu sahaja, ahli Desmo juga diberikan akses awal ke Jualan Merdeka dari 10 hingga 31 ogos 2020 untuk menikmati diskaun tambahan sehingga 48%.

Previous post

Suzuki Ignis Crossover UK Dapat Facelift

Next post

Sportback Dan Sedan Audi S3 Baharu Dibina Untuk Menyaingi AMG A35

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *