Berita Auto

BMW Malaysia Lancar Perkhidmatan Pintu ke Pintu

BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan perkhidmatan Pintu ke Pintu, sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menawarkan perkhidmatan tanpa kontak kepada pelanggan dan pada masa yang sama menaik taraf pengalaman pemilikan premium jenama itu.

Dijalankan dengan kerjasama Allianz Worldwide Partners, perkhidmatan terbaharu ini membolehkan pemilik BMW dan MINI meminta dan menerima servis kenderaan daripada wakil pengedar pilihan masing masing tanpa meninggalkan rumah mereka.

Pembekal servis BMW akan ditugaskan untuk mengambil kenderaan milik pelanggan dari rumah mereka dan membawanya ke pusat servis yang dipilih. Setelah selesai, kenderaan berkenaan akan dikembalikan di lokasi pilihan pelanggan.

Di samping itu, perkhidmatan Pintu ke Pintu ini memberikan peluang kepada pelanggan untuk menjadualkan penghantaran kenderaan baharu mereka terus dari pusat pengedaran yang dipilih. Bergantung kepada lokasi dan permintaan pelanggan, kenderaan baharu tersebut akan dihantar menggunakan trak ‘flatbed’.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Pintu ke Pintu ini, sila layari https://bit.ly/bmw-door-to-door-delivery-service atau hubungi pusat pengedaran pilihan masing masing.

Previous post

Gordon Murray Automotive T.50 Adalah Jelmaan Moden McLaren F1

Next post

Nissan Lancar Pusat 3S di Kota Bharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *