Berita Auto

VOTY 2020//Trak Pikap Tahunan – Isuzu D-Max 1.9L BluePower

Kekuatan D-Max baharu terletak enjin baharu Isuzu yang mempunyai kapasiti paling kecil dalam kelasnya. Enjin BluePower itu telah terbukti ketahanannya di Thailand namun untuk pasaran Malaysia, ia melalui ujian secara meluas terlebih dahulu bagi memastikan ia sesuai untuk digunakan di sini.

Walaupun bersaiz kurang dua liter, enjin itu menjana kuasa yang lebih tinggi berbanding enjin 2.5-liter yang digunakan sebelum ini, sekaligus membuktikan yang ia cukup bertenaga untuk digunakan pada sebuah trak pikap. Bukan itu sahaja, ia juga lebih ringan dan lebih cekap bahan api, selain lebih lancar dan senyap.

Tidak seperti kebanyakan trak pikap lain, D-Max dibangunkan khusus sebagai ‘workhorse’ tetapi ini tidak bermakna yang ia tidak sesuai untuk digunakan di jalan raya. Ia mempunyai ruang kabin yang cukup selesa dan lengkap dengan pelbagai perkasasan yang berguna. Kebanyakan permukaan di dalam seperti papan pemuka dan panel pintu kini dilengkapi dengan upholsteri dan titik sentuhan lembut.

Gabungan kelebihan yang ada pada D-Max menjadikan ia antara trak pikap dengan nilai terbaik dalam segmennya dan harus dimiliki oleh mereka yang mahukan jentera yang lasak dan boleh dipercayai.

Spesifikasi Isuzu D-Max 1.9L BluePower

Enjin: turbodiesel, empat silinder, DOHC
Kapasiti: 1,898 cc
Kuasa: 148 hp @ 3,600 rpm
Tork: 350 Nm @ 1,800 rpm
Transmisi: automatik enam kelajuan
0-100 km/j: –
Kelajuan maksimum: –
Harga: RM115,799

Bagaimana pemenang Vehicle of the Year (VOTY) dipilih:

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 13 bulan dari 2019 adalah layak. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami mengujinya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari DSF.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan dipilih sebagai pemenang kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan lagi pada masa akan datang.

Tahun ini, disebabkan pandemik COVID-19, kami terpaksa menangguhkan acara penyampaian anugerah VOTY dan telah memilih untuk menstrim acara tersebut secara langsung menerusi Facebook dan Youtube. Ini menjadikan VOTY acara anugerah automotif pertama yang distrim secara langsung di rantau ASEAN.

Previous post

Anugerah VOTY LIVE Di FB DSF.my Pada 9 Julai 2020 11 pagi

Next post

VOTY 2020//Crossover Tahunan - Mazda CX-30

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *