Cerita Auto

Volvo Lancar Pusat 3S di Kota Kinabalu

Volvo Car Malaysia telah memperkembangkan operasinya ke Malaysia Timur dengan pembukaan sebuah pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) di Kota Kinabalu, Sabah.

Fasiliti baharu berukuran 5,432 kaki persegi itu dioperasikan oleh Sebangga Mitsinbo Sdn. Bhd. yang telah dilantik sebagai rakan pengedar Volvo Car Malaysia pada November 2019.

Seperti pusat pengedar Volvo yang lain, pusat 3S ini menampilkan konsep Pengalaman Runcit Volvo (VRE) dengan ruang terbuka yang luas dan perabot minimalis sebagai ciri utama bagi melahirkan suasana mewah kontemporari.

Selain ruang pameran yang menempatkan rangkaian model terkini Volvo dan pusat servis, fasiliti dua tingkat itu turut menampilkan seksyen koleksi gaya hidup dan aksesori Volvo.

Pusat 3S Sebanggan Mitsinbo beralamat Lot 923, Jalan Tuaran, Taman Sinar 88400 Kota Kinabalu, Sabah. Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, layari www.volvocars.com/my/find-a-dealer atau hubungi talian +608830-9888.

Dengan pembukaan fasiliti baharu ini, Volvo Car Malaysia kini mempunyai 14 wakil pengedar di seluruh negara.

Previous post

Polestar 2 Diserahkan Kepada Pelanggan Pertama di Eropah

Next post

Peluang Menang Barangan Elektronik Dengan Pembelian Kereta Naza Automall Anda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *