Sukan

Volkswagen Perkenal Golf GTI GTC

Volkswagen Motorsport telah memperkenalkan Golf GTI GTC yang akan digunakan dalam perlumbaan Global Touring Cars (GTC) Afrika Selatan.

Dibina berasaskan Golf GTI generasi kelapan (Mk8) yang diperkenalkan pada Februari lalu, jentera lumba ini merupakan pengganti kepada Jetta GTC yang telah digunakan sejak empat tahun lalu.

“Walaupun Golf 8 GTI hanya akan dilancarkan secara rasmi di Afrika Selatan pada tahun 2021, kami ingin menggunakan kesempatan ini untuk menunjukkan prestasi Golf 8 GTI sebelum ia diperkenalkan dalam pasaran tempatan,” kata Martina Biene, Ketua Jenama Volkswagen.

Tidak banyak maklumat mengenai jentera ini didedahkan, namun menurut Volkswagen ia dikuasakan oleh enjin yang menghasilkan lebih 270 hp dan mempunyai transmisi berjujukan enam kelajuan M-Trac.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan casis tiub chrome moly yang dikatakan lebih kuat dan ringan berbanding jentera GTC sebelum ini.

Dilancarkan di Afrika Selatan pada 2016, GTC merupakan kejohanan sukan bermotor premier yang terdiri daripada dua kategori iaitu GTC1 dan GTC2. Semua jentera perlu menggunakan casis, enjin, ECU, tayar, suspensi dan lain-lain komponen yang sama.

Previous post

Kempen Tawaran Sehingga 27% Merchandise Ducati 77

Next post

Auto Bavaria Tebrau Mula Beroperasi 15 Julai 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *