Cerita Auto

Tuntutan Mahkamah USD200 Juta Dikemukakan Terhadap Sunroof Meletup Mercedes

Adakah ini pernah berlaku di Malaysia?

Seorang pemilik Mercedes Benz GLE yang tidak puas hati di Amerika Syarikat telah mengemukakan tuntutan mahkamah sebanyak USD200 juta terhadap Mercedes Benz kerana sunroof mereka yang meletup.

Pemilik GLE mendakwa Mercedes Benz berhubung kes sunroof panoramic yang meletup dan menuduh bahawa Mercedes Benz menjual kenderaan dengan sunroof yang akhirnya berkecai.

Dalam tuntutan itu, plaintif mendakwa bahawa sunroof Mercedes-Benz GLEnya meletup secara tiba-tiba ketika saudara perempuannya memandu di jalan raya, pada siang hari bulan Mac yang lalu. Semasa kelajuan 55 bsj, tiba-tiba kedengaran bunyi seperti tembakan senapang dari dalam kenderaan. Selepas berhenti dengan selamat untuk menentukan sumber bunyi itu, didapati bahawa tempat duduk belakang penuh dengan kaca pecahan sunroof panoramik GLE. Tambah plaintif, tiada kerosakan dibahagian luar kereta.

Menariknya, ini bukan kali pertama Mercedes Benz menghadapi masalah sunroof meletupkan pada kenderaan mereka dan turut dibawa ke mahkamah kerananya.

Mercedes-Benz GLE sunroof
Mercedes-AMG GLE 63 S 4MATIC+ Coupé

Pada tahun 2015, tuntutan tindakan kelas yang lain diajukan di California oleh pemilik Mercedes Benz GLA250 2015. Dalam tuntutan itu, pemiliknya menceritakan peristiwa serupa mengenai sunroof panoramic GLAnya yang kononnya hancur tanpa amaran ketika dia memandu. Sunroof yang meletup itu menyebabkan kaca memasuki mata dan rambut pemandu. Plaintif untuk kes ini menuduh bahawa masalah sunroof meletup ini adalah sesuatu yang biasa dan sudah diketahui. Plaintif mendakwa bahawa Mercedes Benz tahu tentang bahaya ini dan gagal memberi amaran kepada pemilik mengenai masalah ini. Tuntutan ini sebahagiannya ditolak memihak kepada plaintif dan Mercedes Benz telah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa bahawa ia tidak setuju dengan tuntutan yang telah dinyatakan sebelumnya oleh pihak plaintif.

Walau bagaimanapun, terdapat lebih banyak kesengsaraan sunroof Mercedes Benz, yang datang dalam bentuk recall yang baru saja terjadi pada bulan Januari tahun ini untuk 774,000 kereta Mercedes Benz. Penarikan balik untuk seperempat juta kereta ini adalah untuk kaca sunroof yang boleh tercabut ketika kenderaan bergerak. Melibatkan pelbagai varian kereta seperti C-Class, CLK-Class, CLS-Class, dan E-Class yang merangkumi lebih dari 10 tahun pengeluaran dari tahun 2001 hingga 2011, recall ini dilakukan kerana agen pelekat yang digunakan untuk kaca sunroof itu mungkin gagal, sehingga menyebabkan kaca tercabut dari kereta.

Walaupun begitu, recall itu hanya untuk Amerika Syarikat. Walaupun sunroof pada semua model Mercedes Benz harus sama di seluruh dunia. Dan yang lebih menarik lagi ialah kedua-dua kes sunroof pada Mercedes Benz yang dilaporkan ini kebetulan adalah keluaran Amerika.

Mercedes-Benz GLE Sunroof

Walau bagaimanapun, recall untuk sunroof tercabut itu tidak menjejaskan kereta dari luar AS dan dalam jutaan Mercedes Benz yang dibina, hanya 2 letupan sunroof yang diketahui berlaku. Oleh itu, secara statistik, anda tidak akan apa-apa sehinggalah Mercedes Benz Malaysia mengeluarkan notis penarikan balik perihal sunroof.

Cerita asal oleh Joshua Chin

Previous post

Brunei Dapat Perodua Myvi Edisi Istimewa?

Next post

Daimler Akan Pindahkan Pengeluaran Smart Car Dari Perancis Ke China

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *